Tuesday, July 19, 2005

What Pie Flavor Are You?

What Pie Flavor Are You?






BAHTERA MERDEKA - AISHAH


Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji



KEMALANGAN JALAN RAYA


Oleh: Chisha Cheryna Pires
Gambar Ehsan:


NILAI, 19 Julai - Cuti umum sempena Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berakhir dengan tragedi di sini petang tadi. Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal EX5 tunggangan beliau bertembung dengan sebuah kereta Kancil lewat petang tadi. Penunggang tersebut, Nadarajah, mati di tempat kejadian setelah beliau tercampak dan terhumban ke atas kereta Kancil dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai "Tuan Haji". Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan di Batu 13, Jalan Labu berdekatan dengan Rumah Guru Sekolah Dato' Shahbandar Abu Bakar di sini.


Mendiang Nadarajah yang dalam perjalanan pulang dari kilang tempat beliau bertugas sedang menuju ke rumah beliau di bandar lama Nilai. Kedua-dua kenderaan dilihat dalam keadaan yang laju ketika kedua-duanya bertembung. Menurut saksi di tempat kejadian, Siti Nurshahida binti Zamrinor, beliau sedang minum petang sambil menonton Diairi Akademi Fantasia ketika kejadian itu berlaku. Apabila beliau terdengar bunyi bising seperti bunyi brek kecemasan, beliau dan keluarga bergegas menuju ke tingkap rumah untuk melihat apabila yang berlaku. Kedua-dua buah kenderaan itu dilihat bertembung sesama sendiri sambil kereta Kancil tersebut cuba untuk menekan brek. Menurut beliau, Nadarajah pula dilihat telah terpelanting ke atas kereta sebelum akhirnya jatuh di atas jalanraya. Kesan dari pelanggaran itu mengakibatkan cermin depan kereta itu pecah manakala bahagian atas dan depan kereta itu remuk teruk. Dipercayai juga air yang dilihat mengalir berdekatan dengan tempat kejadian datang dari kereta itu. Tambah beliau lagi, Nadarajah dilihat tidak bergerak-gerak selepas beliau jatuh ke atas jalan raya, dan "Tuan Haji" dilihat pergi ke arah Nadarajah sebelum beliau terjelepuk di atas jalan raya itu. Saksi kemudiannya pergi untuk melihat sendiri kejadian tersebut. Akan tetapi, bantuan telah diberikan oleh sekumpulan pemuda yang bermain bola sepak di padang berdekatan. Mereka telah memapah "Tuan Haji" sambil cuba membalut luka di lengan beliau. Warga emas itu kemudian di bawa ke hospital untuk dan diberikan rawatan pesakit luar.


Sementara itu, orang ramai yang mula berkumpul untuk memberikan bantuan hampa apabila kenderaan yang lalu-lalang seakan-akan tidak memberikan kerjasama. Di samping sesetengah kenderaan yang bergerak perlahan untuk melihat kesan kemalangan, segelintir pemandu pula seakan-akan tidak ambil peduli dan terus memandu dengan laju. Hal ini mebimbulkan keresahan orang ramai kerana dikhuatiri perbuatan ini akan mengakibatkan sekali lagi kemalangan kepada mayat Nadarajah yang belum dialihkan.
Kehadiran polis dan ambulans setengah jam kemudian memberikan kelegaan. Selepas kebanyakan penduduk di kawasan berdekatan bersurai apabila azan Maghrib, polis menjalankan tugas mereka sambil dibantu oleh orang awam yang lain, dipercayai ahli keluarga dan rakan-rakan Nadarajah yang telah bergegas ke tempat kejadian. Kerja pembersihan dan tugas polis selesai tepat jam 8.00 malam.Mayat Nadarajah telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat. Punca kematian Nadarajah dipercayai berlaku akibat kecederaan di kepala selain patah tengkuk dan kaki kanan.


Menurut polis, faktor jalan lurus menyebabkan pemandu gemar memandu laju di kawsan terbabit. Penunggang motosikal pula seperti tidak mengambil peduli tentang keselamatan mereka. Jalan Labu amat terkenal sebagai kawasan kemalangan jalan raya di kawasan Seremban kerana statistic kemalangan yang tinggi. Justeru, orang ramai diingatkan supaya berwaspada tentang keselamatan jalan raya. Ibu bapa juga seharusnya tidak membenarkan anak-anak di bawah umur membawa motosikal apatah lagi dengan tidak memakai topi keledar. Pencegahan dari awal perlu untuk keselamatan kita bersama.


p/s: Hehehe...ade talent tak jd reporter...? Maleh nak story mende len...story nieh jek aaa..:)

No comments: