Friday, July 25, 2008

sha: prince cotol's tale


Spring Frog Cake, originally uploaded by sweet_tease_blog.

Pada satu hari, ada seekor katak yang bernama Cotol. Cotol sangat suka menyanyi. Tetapi Cotol hanya menyanyi di waktu malam kerana jalan raya berdekatan dengan tempat tinggal Cotol agak lengang pada waktu malam. Cotol tidak mahu menyanyi di waktu siang kerana terlalu bising. Nanti tiada siapa akan dengar suara Cotol yang merdu.

Satu malam, ketika Cotol bersiap sedia untuk menyanyi, kedengaran seorang bayi menangis. Cotol merasa marah. Lantas dia pun meninggalkan longkang hospital iaitu tempat tinggalnya. Setiap malam ada saja bayi yang mengganggu Cotol menyanyi. Tapi kali ini Cotol tak tahan lagi. Bayi yang menangis pada malam itu mempunyai suara yang sangat nyaring. Kalah suara Cotol. Argghhhh!!! Jerit Cotol di dalam hati.

Tanpa mempedulikan air mata yang bergenang di mata buntangnya, Cotol melompat tinggi. Nyyyyyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkk!!! Badan Cotol penyek dilanggar kereta. Tamatlah riwayat Cotol, si katak perasan.

Di dalam hospital, Raja dan Permaisuri amat gembira menyambut kelahiran putera sulung mereka. Putera itu dinamakan Shahmi yang bermaksud penyayang. Putera Shahmi mempunyai berat sebanyak 3.8 kilogram dan berbibir merah bak lampu isyarat tanda berhenti. Kening dan rambut Putera Shahmi lebar bak penyapu baru. Semua yang memandang merasa terharu.

Putera Shahmi dibawa pulang selepas beberapa hari. Puteri Sha, kanda Putera Shahmi menanti di istana. Puteri Sha terkenal dengan sifat panas baran dan cemburunya. Baginda dianggap puteri terkejam di Negeri Soghomban. Seluruh rakyat jelata tahu yang Puteri Sha sudah biasa seorang diri selama empat tahun lamanya. Bolehkah Puteri Sha berlaku adil pada adindanya yang masih baru lahir?

Masa berlalu. Putera Shahmi membesar hari demi hari. Sepanjang liku-liku hidupnya sebagai putera yang manja dan suka menangis, baginda selalu dibuli oleh Puteri Sha. Puteri Sha yang kejam pernah membuatkan buaiannya terputus. Puteri Sha sering menukar permainan Putera Shahmi dengan anak patung kerana Puteri Sha lebih suka bermain dengan kereta mainan kepunyaan Putera Shahmi. Ini menyebabkan Putera Shahmi menangis. Raja yang seringkali murka dengan kekejaman Puteri Sha sering menjatuhkan hukuman rotan ke atas Puteri Sha. Tetapi Puteri Sha tidak peduli.

Satu hari, Raja menghantar Puteri Sha menuntut ilmu di Gunung Kajang. Tinggallah Putera Shahmi dengan dua adindanya. Raja dan Permaisuri dikurniakan dengan dua orang lagi putera selepas kelahiran Putera Shahmi. Tapi Putera Shahmi tidak pernah lupa akan kekandanya itu. Adakala Putera Shahmi menghantar warkah, tetapi tidak pernah dibalas oleh kekandanya. Puteri Sha pula lebih suka beradu bila pulang dari gunung. Jarang sekali Putera Shahmi dapat bercakap dengan kekandanya itu.

Kemudian, Puteri Sha kembali ke istana. Putera Shahmi mula menjadi teman Puteri Sha, lagi-lagi bila Puteri Sha hendak keluar ke pekan. Baginda berdua masih seperti di waktu mereka kecil. Walaupun Puteri Sha kejam dan Putera Shahmi cepat bingung, hubungan mereka tidaklah seperti dulu kerana masing-masing semakin dewasa.

Tiba-tiba, Puteri Sha pergi pula menuntut ilmu di Menara Bangi. Bepurnama dan bertahun akhirnya. Putera Shahmi berguru seperti biasa. Satu hari, baginda mendapat watikah untuk turut pergi meninggalkan istana kerana baginda akan berguru di laut. Putera Shahmi dihantar untuk berguru tentang pelayaran. Puteri Sha menghantar Putera Shahmi dan sejak itu tidak berjumpa adindanya sekian lama.

Panas tidak sampai ke petang. Di saat pak nujum mengesahkan Putera Shahmi tidak lagi bermata dua, Putera Shahmi berhenti belayar. Baginda merasa sangat dukacita. Menitis airmatanya dari hari ke hari. Tidak sampailah angan-angannya hendak menghadiahkan kimono untuk Puteri Sha. Puteri Sha yang kejam akhirnya cair hatinya. Baginda turut meratapi nasib adindanya. Tidak lama selepas itu, Putera Shahmi memberitahu kekandanya yang dia mahu bertapa. Pemergiannya diselangi sendu Puteri Sha, Raja dan Pemaisuri.

Putera Shahmi bertapa dan belajar memotong ayam untuk santapan rakyat jelata. Rasa kecewanya dipendam di hati sehingga baginda tidak pulang berhari raya. Tetapi baginda tidak pernah melupakan istana. Burung Merpati jenis Maxis seringkali menyampaikan pesanan ringkas dari Putera Shahmi. Ketika Putera Shahmi tiada di rumah, Raja dan Permaisuri jatuh gering. Puteri Sha yang ketika itu masih berguru di Menara Bangi terpaksa menjaga istana sehingga habis perguruannya. Putera Shahmi pula kerap menghantar wang perak ke istana dari titik peluhnya.

Putera Shahmi dikhabarkan berita bahawa kekandanya akan menerima pingat darjah kebesaran dari Menara Bangi. Puas dia meminta pelepasan untuk pulang, akan tetapi tiada siapa yang mempedulikan permintaannya kerana dia dikehendaki menyediakan ayam. Puteri Sha pula sudah seakan tidak mahu pergi ke Gunung. Persalinan apakah yang perlu dipakai? Bagaimana pula dengan perbelanjaan kereta kuda? Sejak Raja dan Permaisuri gering, tidak banyak lagi wang emas di dalam istana. Lagipun apalah ertinya jika kemeriahan itu tidak dapat dikongsi dengan adindanya?

Putera Shahmi yang bijaksana telah mengatur segalanya. Dia telah mengirimkan sejumlah wang emas kepada bondanya untuk menyediakan persalinan kekandanya dan menyediakan kereta kuda. Tidak cukup dari itu, ketika kekandanya menerima pingat kebesaran, Putera Shahmi mengirimkan sejambak bunga besar bewarna kuning emas khas untuk kekandanya.

Setelah cukup simpanan dan pulih dari keparahan jiwanya sebelum ini, Putera Shahmi kembali berguru. Walaupun tidak dapat belayar lagi, Putera Shahmi tetap berminat dengan jentera-jentera. Baginda kini berguru di Menara Alam dan akan menamatkan perguruannya tahun hadapan.

Hari ini genaplah ulangtahun Putera Shahmi yang ke-22 tahun.

Happy buffday to my Cotol!:D

7 comments:

Sya Annur said...

happy birthday shahmi! (ko xbaik tau ckp dia mudah bingung. haha..) abih cpt blajar, buleh tgk an kakak ko yg kejam tuh. haha

cHeRyNa PiReS said...

hahaha...die mmg cepat bingung pon...(saje cakap camtuh...bertujuan utk die bace...hehe...). insyaAllah...doa2kan la dpt abeh blaja...Amin...boleh aku meneruskan kekejaman:D

Areej said...

comel nye kek tu..! weh, ko ni sbnrnye anak raja ek...mcm citer sindarela la plak..haha

bendul said...

katak tu kalo cium dia leh jadik puteri/putera dak..? tapi tak sempat la plak, dah kena langgo..

Pocket said...

tu yg aku konpius tu bendul,
bukan MrCotol adalah katak yg meninggalkan donia fana ni pada ari Putera Shahmi first debut kat hospital tu ker?...

eheheh, anyway, happy bday kepada Putera Shahmi...

lawa bangat kek tu

Kamezaim said...

happy birthday shahmi..semoha panjang umur..hehe adui,sedapnye kek tu..untuk kamezaim xde ke?hehe

cHeRyNa PiReS said...

bendul: nak cium katak penyek ke?:D

pocket: katak tuh tukar nyawa ngan putera tuh...(cewwaahhh...tak logiknye)


areej: prasan jek lebih:D

kamezaim: kek itu adalah hiasan semate2:D