Saturday, February 28, 2009

sha: leaving I LOVE BUDU group


Two Culture, originally uploaded by barracuda.fish.

Dengan ini saya merelakan penarikan diri saya dari kumpulan I LOVE BUDU kerana sikap hipokrit pengurusan group ini yang mencadangkan pemansuhan PPSMI. Ini kerana saya berpendapat sebagai seseorang yang mewar-warkan dan kononnya memperjuangkan BAHASA MELAYU, beliau tidak seharusnya menggunakan perkataan-perkataan seperti I dan LOVE yang merupakan perkataan dari BAHASA INGGERIS. Ke manakah semangat cintakan BAHASA MELAYU anda? Kenapa tidak diletakkan SAYA CINTA BUDU?

Saya cintakan budu. Saya cintakan diri kerana saya Melayu. Budu itu makanan Melayu. Oleh kerana itu, disebabkan cinta saya pada bangsa, agama dan negara saya dengan ini mengisytiharkan yang saya akan berusaha untuk tidak menjumudkan pemikiran saya dengan berada lebih lama di dalam kumpulan ini.

Seperti mana sebotol budu yang melalui proses perubahan dalam pembuatan yang berlandaskan teknologi dari luar, saya percaya orang yang memakan budu pun harus menerima perubahan.

HIDUP PPSMI!

--- my note in I LOVE BUDU group - Facebook

3 comments:

Neeza Shahril said...

tak kiralah Sha.. dia tulis english ke.. jepun ke korea ke.. akak tetap suka budu.. hheheh..

~Cinta Cukulet~ said...

lebih suka sambal belacan...eh keluar tajuk ke?huhu

Tie said...

Kak tie tak makan budu...Tapi kalau dah tercampur dalam nasik kerabu tu, kak tie sebat jugak !