Sunday, March 22, 2009

food: cheryna's masak asam ikan pari


Aku selalu enjoy makan asam pedas/masak asam (org Negeri Sembilan kate asam pedas nieh, tak pedas...so why pretend?). Tapi aku susah nak jumpa masakan asam pedas yg memuaskan hati selain dr masakan ibu aku sendiri.


Semalam aku gi Tesco. Aku jumpa ikan pari. Dah tua sikit, but acceptable (kalau acceptable utk ayah, acceptable jugaklah utk aku).


1. Petua pilih ikan pari
a) Make sure potongan ikan pari masih merah. Kalau dah pucat2, tak payah lah. Mesti dah lama simpan.
b) Ira dalam daging ikan pari - kalau tebal maknanya ikan pari dah tua. Pilih yang sederhana.
c) Ikan pari yang sederhana dah sesuai. Kalau nak yg gemuk2...rasa tak berapa- dah tawar. Yang kecik sangat pulak terlalu bertulang (x syok!)


2. Ikan alternatif
a) Ikan mambong (ade kate mabong, kembung besar...dan sebagainye...)
b) Ikan terubuk
c) Ikan parang
d) Ikan tenggiri

Bersihkan ikan pari
a) Amik garam kasar & limau kasturi.
b) Lumurkan pade ikan pari (dibuang kulit supaya tak nampak scary dan potong)
c) Lalukan bawah air bersih dan tos!


Hari nieh sebelum masak, aku gi kebelakang rumah. Yeahh...ini dia pokok bunga kantan belakang rumah aku. Amacam, rimbun tak? Pokok nieh bukan aku tanam. Nieh cikgu yang sebelah rumah aku yg tanam. Tp die dah pindah, die pesan...amiklah ape yang boleh diamik sbb die wakaf je. And memandangkan die dulu rajin amik bendi, tomato ngan betik kat belakang umah aku, tak kisah la kan...!
Kira fair la tuh!

So, aku gi kat pokok tuh...ade satu bunga yang baru. Cantekkk aaa...Wangi je. Pastu aku tgk ade lagi satu. Okay...just nice utk sekilo pari semalam. Tujan letak bunga kantan nieh utk mewangikan kuah. Maklumlah, ikan pari nieh bukanlah wangi sangat. Aku pernah makan asam pedas yg hanyir. Ade pernah makan yg lembik. Dah tu...kuah pon bau ikan la. So, bau bunga kantan nieh diharapkan boleh menghilangkan bau ikan. Lagi satu, utk sesape yg tak pernah makan bunga kantan fresh (yg org selalu letak dlm laksa and nasi ulam), mesti ingat bunga nieh takde rasa (macam adik aku). Tp benarnya bunga kantan nieh rasanya masam2. Lagi tua lagi masam. Walaupun kalau diikutkan bunga kantan yang pink lebih wangi, tp bunga kantan nieh boleh disimpan. Just rendam sikit dalam air...boleh pakai dlm 2-3 hari (cuba tgk org kat pasar, diorang simpan cenggitu la).


Aku amik pisau, kerat bahagian batang bunga kantan nieh. Batangnya aku tak pakai, tp pernah jugak mase musim pokok nieh tak berbunga, aku amik bunga yg dah kembang tuh...aku kerat batang die dan masuk dlm kuah. Wangi jugak walopon taklah wangi sangat macam bunga die (name pon batang!).


Gi depan plak...dekat ngan paip depan tuh aku tanam daun kesum. Tak banyaklah, sikit je. So, memetik daun kesum pulak. Daun kesum fresh nieh mmg lagi best. Kalau beli kat kedai, kejap je dah layu. Kalau taknak daun kesum layu, masukkan batang daun kesum dlm air. Tp...kalau nak tanam pon tak susah. Lepas daun kesum digunakan, jgn buang batang daun kesum. Rendam dlm air sampai kuar akar, lepas tuh masukkan dalam pasu yang ada tanah. Pasu plastik pon takpe. Letakkan kat tpt yang berair sket...macam kawasan paip depan umamh tuh. Rajin2 basuh kereta...basuh kaki... boleh siram kan?


Bile petik daun kesum dr batang die, jgn kerat suma. Biarkan bahagian bawah, nanti dia tumbuh. Batang bahagian atas tuh, kalau keras...kerat. Pastu cucuk balik dlm tanah. Nanti rimbun la pokok daun kesum anda tuh...


Dah settle2 daun kesum and bunga kantan, amik cili kering pulak. Macam biaselah, gunting cili dan rendam air panas utk melembutkan cili tuh. Sambil tu...kupas bawang. Oh yeee...semalam mase aku gi Tesco, ade sales bawang...sekilo dlm RM1.10 rasenye. So, aku borong la bawang tuh. Utk asam pedas, aku pakai 5 biji bawang sederhana besar. 3 utk diblend dgn cili, 2 lagi utk dibelah. Selain dari bawang besar n cili, aku masukkan ingredient paling penting utk asam pedas: Belacan MELAKA. Sori...aku suka belacan Melaka je kalau nak masak benda nieh. Nama pon masakan org Melaka kan?


Kulit2 bawang tuh pulak hendaklah disimpan utk tujuan pertanian bunga orkid anda. Kalau anda ini penggemar orkid, silalah rendam kulit bawang dan jadikan air rendaman kulit bawang utk menyiram orkid. Kata org yg mengamalkan, boleh menambahkan bunga kat orkid tuh! Scientifically proven ke tak, aku tak tau. Tp...setakat nieh aku buat jd pulak. (aku dpt petua nieh kat kampung!)


Lepas dah siap2 blend cili dan sebagainya...panaskan minyak. Oh yee..aku lupe nak tangkap gambar pokok daun kari aku. And btw...aku tertinggal dua bahan harinieh, tp usaha utk asam pedas tetap diteruskan. Selalunya, bila tumis daun kari, ibu akan tumis sekali biji sawi and rempah halba. Tp kali nieh kitowang lupa...ehehhee...
Okeh...brapa byk daun kari? Tak byk...just 2 sprigs jek...Kalau tak kang macam makanan mamak plak! Sila pastikan sampai naik bau...tp jgn sampai garing plak...



Lepas dah naik bau...masukkan bahan2 yang telah diblend. Time nieh la yg penting. Sbb...kalau tak betul blend, tak sedap belacan...tak bestla. Lagi satu, ade org jenis tak sabar...cili tak mati dah masukkan air. Tp tuh terpulang la masing2 kan...kalau aku, aku sabar la sikit...
<>
And dlm proses nieh...bolehla masukkan sedikit garam dan sedikit lada hitam. Lada hitam nieh nak bg rasa die tajam sket...tp kalau jenis yg perut tak tahan, tak payah la letak. Kuantiti lada hitam plak tak byk, dalam 2 sudu kecik je utk sekilo ikan. And....kalau aku ngan ibu aku, kami amatlah particular.

Aku suke blend sendiri lada hitam tuh...lepas tuh letak dlm botol. Bunyinya leceh...tp hasil lain2 tau...! Masa aku dok bujang dulu, semua benda aku amik mudah...tp tak dpt2 gak hasil yg memuaskan hati...Lepas ikut syle ibu aku nieh la baru nak jd...


Bila cili dah nak masak...masukkan ikan pari. Lepas tuh, gaulkan ikan pari dgn kuah tadi sehingga sebati. Lepas tuh...masukkan air asam jawa...macam dlm gambar tuh...Tutup periuk. Air asam jawa nieh la yang penting, kalau cair..cairlah kuah. Kalau pekat, pekatlah kuah. Tp dlm pekat dan cair...rasa dulu asam jawa tuh. Kalau asam yg masam, mmg la akan masam kalau dibuat pekat. Sekarang kan dah senang, ada asam jawa Adabi? Dulu2 kena asingkan biji, sekarang tak payah. So...amik dalam 2 sudu besar, kacau dgn semangkuk air...Masukkan dalam kuah dan tutup periuk.


Pekatkan sikit kuah tuh...didihkan. Bila dah separuh pekat...mulakan dgn memotong bendi2 anda.Ibu selalu pesan kat aku, jgn potong bendi awal2, nanti lendir die berkumpul. So, basuh dulu bendi...siapkan pisau...bila nak masukkan barulah potong. Utk bendi, silalah pilih yang kecik2 dan muda, barulah nampak ceria sikit. Lagi satu, bendi nieh boleh dimasukkan sebijik2 kalau die muda dan kecik. Byk kedai suka pakai bendi yang liat tuh...tuh lantaklah kan. Utk sedapkan tekak aku, aku tak suka:)

Kalau banyak bajet dan bahan, ibu selalunya akan letak lada hijau belah. Macam2 lagi boleh diletak...sume terpulang pade selera waktu tuh.


Kalau tgk bahan2 selain bendi...ada 2 biji tomato n bunga kantan dibelah dua. Bawang besar plak dibelah 4. Plus daun kesum tadi.Bila kuah dah mula memekat, masukkan semua bahan nieh...dan kecikkan api...


Tujuan masukkan semua bahan nieh utk memaniskan kuah secara semulajadi. Aku jenis masak tak letak gula, so...aku gunakan manis bawang besar dan tomato nieh. Jgn sampai lembik, biarkan sampai lembut dan kauh pekat. Bila kuah dah pekat...barulah angkat...


Tadaaaaaaaaaaaaa...nieh la hasil masakan aku hari nieh: ASAM PEDAS IKAN PARI. Boleh dimakan dgn nasi putih, telur dada dan kangkung goreng belacan. Tuh menu aku hari nieh la:)


Sape kate aku tak reti masak tuh? Tgk nieh...dah jadi kan? Tgklah supervisor die siape...betul tak?


Another memory with my ibu today:)
Ringkasan Resepi:
Bahan-bahan:
Ikan pari
Lada Kering
Bawang Besar
Belacan
Asam Jawa
Bendi
Tomato
Bunga Kantan
Minyak
Air
***(^ x ^)***


10 comments:

Tie said...

Hu hu....lama tak makan pari ni...kat ganu payah sikit... Ada yang kecik tu dipanggil tuka...

~Cinta Cukulet~ said...

tak pernah makan ikan pari..takut hehe

bozzobattousai said...

tadi bozzo baru makan pari masak lemak akak bozzo masak....sedap....

nURmALa mAZLan said...

sha, kita x makan ikan pari..huhu~~

Neeza Shahril said...

sedapnya Sha... nanti Sha masak untuk akak ye.. boleh la.. boleh la Sha.. hehehe..

atty's said...

bau sampai..kt kajang...sha..antar skit..sini

cHeRyNa PiReS said...

kak tie:
---> sha pon suka tuka...tp kena bakar la...

cukulet:
---> apasal takut tuh?

bozzo:
---> tak pernah makan yang masak lemak...bagus idea tuh...

nurmala:
---? kalau tak makan boleh tukar ikan lain:D

kak neeza:
---> hehehe...insyaAllah....

atty:
---> yeke...jauh tuh...:D

Sya Annur said...

tepengaruh so tepaksa msk utk lunch td. haha.. nway aunty sha, telur dadar ye, dada sounds obscene. haha...

Suzi said...

sha...sedapnya asam pedas tu...akak suka sgt2. paling akak suka yg FIL akak masak sedap...kalah MIL akak hihihi...

ct rahani said...

sedapnya asam pedas tuh...