Friday, April 17, 2009

sha: my doa


Dua, originally uploaded by سامراء.

Ya Allah...

Hari ini antara hari yang paling kuat dugaannya. Aku tak tahu kenapa kau wujudkan hari ini dalam hidupku, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.

Bila aku diherdik dan dihina, aku akan bersabar. Aku minta padamu Ya Allah, kau kurniakan kesabaran dan keimanan yang tinggi. Bila aku dipanggil dengan pelbagai nama, biarlah hati ini sentiasa sejuk. Kerana aku tak mahu menjadi lebih hina dengan kemarahan, dan aku tak mahu bersekongkol dengan syaitan.

Hari ini...aku diuji. Kerana sifat tamak. Kerana dengki. Aku sentiasa bersabar, syukur padamu suaraku tak tinggi. Tp aku pohon padamu pada hari ini, jika aku teraniaya...berilah balasan yang setimpal kepada yang menganiaya. Jika sakit telingaku tadi kerana herdikan itu, aku serahkan pada kuasamu untuk membantuku.

Aku dianiaya hari ini, dan aku serahkan padamu utk pembalasannya.

Cukup sampai hari ini.

Ya Allah,

Buangkanlah perasaan benci. Aku tak mahu minta yang bukan-bukan dariMu.

9 comments:

Suzi said...

banyak2 bersabar...bertenang..
setiap dugaan ada hikmahnya...
doa2 lagi dan lagi pada Allah...kerana hanya Dia yg Maha Berkuasa...

nURmALa mAZLan said...

banayk bersabar sha
Allah suka hambanya yg bersabar
sabarkan separuh daripada iman

atty's said...

kty pun dipagi jumaat ini.
sudah diduga...

harap sha sabar ye atas segala dugaan..

~Cinta Cukulet~ said...

semoga doa kak sha dimakbulkan :)

Kekanak Tokyo said...

Terasa insaf sebentar.

Had a bad day too.

Cant seem to see the light.

I should have turned to HIM like you have.

Thanks for reminding me of HIS power.

MasyaAllah.

bozzobattousai said...

sabar sha...inila dugaan namanya...

syareena said...

1. moga doa dimakbulkan

2. byk2 bersabar ye?

Anonymous said...

kakak, try to be strong ok? didnt want to disturb u on skype coz i figured u'd b busy. but anyways, just wanted to share with u the happy news that my surgical rotation supervisor did not mark me down and gave me what i deserved for my pre-intern assessment and she also noted down that i had the potential to be a good uhm, well, whatever it is that i will b working as nxt yr la kan (malu nak state here... ahaha). u have no idea how relieved i was. if u try hard enough to prove urself, someone will eventually take notice. so just be patient with all the tests and you'll get the things that u deserve ok?

papabear said...

amiin... itu semua adalah cobaaannn... sabar kay!