Sunday, September 16, 2012

awek harimau malaya: episod sepinggan mee goreng

Breakfast in Malaysia #5 by bellaphon
Breakfast in Malaysia #5, a photo by bellaphon on Flickr.
Terbaca tweet awek-awek yang kata:

Kriteria lelaki pilihan beliau mestilah seorang penyokong Manchester United. Yelah, beliau memegang fakta bahawa seorang penyokong Manchester United kacak belaka macam Perdana Menteri Malaysia.

Ada satu lagi ni pulak kata pakwe dia mestilah seorang yang tahu pasal tragedi Hillsborough. Maklumlah, penyokong Liverpool memang suka sandarkan pada kenangan. Nasib baik beliau tak tahu Khoo Kay Kim sokong mana.

Ada pulak kata hendakkan pakwe yang tengok bola dari zaman Highbury. Maklumlah, penyokong Arsenal ni pulak masih termimpi-mimpi Arsene Wenger mengembalikan Thiery Henry.

Sorry dik, pakwe-pakwe EPL ni macam Mademoiselle dah biasa dapatlah.
Macam bersepah je kat luar sana?

Jenis boyfriend yang susah nak dapat sekarang ialah Malaysia, dik. Dia tak datang tengok bola semata-mata nak usha awek lagi lawa dari anda di mamak atau taknak hampakan geng futsal yang mesti nak mengeteh bila ada game kat ESPN.Katanya anda minat bola, dibawanya anda sekali. Tapi bila anda berteriak nama Robin van Persie depan kawan-kawan dia, mereka pandang anda dengan senyuman yang paling sinis.

Kata mereka,"Perempuan macam tulah. Kenal player yang handsome je." Mereka tak peduli pendapat anda tentang kehebatan Rooney. Mereka tak peduli anda bercerita pasal strategi,Fergie atau formasi. Mungkin silap hari bulan mereka pandang anda macam lalat di atas sepinggan mee goreng yang baru dipesan tadi.

Tapi tahukah anda bahawa seorang lelaki penyokong bola sepak Malaysia ambil time off ataupon mohon cuti tahunan semata-mata nak beratur beli tiket perlawanan Malaysia vs. Singapura? Sanggup berpanas berhujan walaupun hakikatnya tiket itu sebenarnya sudah pun habis di pasaran?

Yang lebih sweetnya bila tiket tersebut adalah tiket anda dan dia. Dua tiket sahaja tapi dia sanggup lakukan itu semua? Bukankah itu lebih sweet dari merempit ke mamak setiap minggu? Jalan yang sama, bonggol yang sama. Sampai agak-agak dia nak buat trick break mengejut tu pun timingnya sama. Anda pun dah pandai mengelak dada sebab dah boleh baca taktik dia. Nak ke berdating dengan lelaki yang tak cukup idea?

Katalah tiket tak ada. Anda tahu apa yang akan dia lakukan bila anda merengek, “Olo...tak best la tak dapat tengok live?”

Dia akan call, sms, BBM, Wassap semua kawan-kawan yang ada. Soalannya hanya, "Siapa ada dua tiket lagi?" atau "Ada kaki tak nak dapat 2 tiket lagi?"

Well, anda pun memang minat lagu Sleeq dan Najwa Latiff tu kan?

"Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja..."

Untuk anda...hey! Perkara kecil macam ni sepatutnya anda kena fikirkan. Hendak dapatkan tiket adakalanya bukanlah satu perkara yang mudah tetapi pada pendapat Mademoiselle adalah sesuatu yang romantik. Cess...jiwanglah pulak, tapi itu satu kenyataan. Setiap perkara perlu usaha, barulah rasa nikmatnya.

Nak mengusha kena betul ayatnya, nak jumpa mak ayah anda nanti ada strateginya, nak melamar anda pun...kalau boleh ada ceritanya. Betul tak? Barulah ada benda nak diceritakan dengan kawan-kawan. Barulah ada kisah bila nak buat video perkahwinan. Lainlah kalau dulu dia tak rasa susah mengusha anda kerana anda yang tergedik-gedik hendakkan dia ataupun petik sekali anda cepat-cepat mari?

Oooopps. Fikirkanlah. Kalau mudah sangat tak layaklah ceritera cinta anda tebal macam novel Aisya Sofea. Tak dapatlah kawan-kawan anda touching lebih macam cerita Adam dan Hawa.

Kadang-kadang dia akan buat silap. Bila kawan-kawan dah beli tiket secara pukal, baru dia terhegeh-hegeh nak beli tiket. Tapi itu semua perkara biasa. Strategi beli tiket mungkin salah adakalanya. Yang pentingnya dia masih berusaha kan?

Ada masa dia bad mood sikit. Biasalah, bila tiket tak ada hati cepat panas nak mengatur cara. Tapi bukankah itu lebih baik dari dia mengamuk sebab mamak salah bagi order atau teh terlalu panas?

Bak kata Sharnaaz Ahmad masa kena interview dengan HotFm AMkrew satu masa dulu,
“Lelaki tak baran itu dayus.”

Now, mana satu pilihan anda? Yang bad mood sedikit kerana kecewa salah strategi beli tiket bola atau yang meroyan tak tentu pasal sampai mamak boleh mandi teh tarik?

Okay. Sekarang tiket betul-betul tak ada. Macam mana ni? Adik ingat tak bila time raya? Kadang-kadang nak balik kampung tiket bas dah tak ada. Tapi tiba-tiba ada orang tanya, “Nak balik Muar dik? Abang ada tiket.” Mungkin pakwe anda tu jumpa Abang Ulat di stadium. Atau di mudah.my. Atapun melalui BBM rakan-rakan seperjuangan mahupun di page rahsia di dalan Facebook.

Selalunya pakwe-pakwe gagah,macho,berani dan tabah seakan Harimau Malaya ni akan dapat juga cara. Kalau tak lepas juga, tanpa tiket pon mereka akan cuba untuk memujuk abang tiket,abang ulat durjana yang pegang tiket luar stadium ala-ala muka Lucius Malfoy ataupun member-member keliling yang terlebih tiket.

Banyak cara lagi dik, tapi tak perlu Mademoiselle kongsikan di sini kerana adik perlu cuba date pakwe Harimau Malaya tu sendiri. Cubalah tanpa sebarang harapan. Lagi adventurous. Tak teringin ke satu hubungan yang agak santai dan spontan tu dik?

Cubalah. Ini baru Mademoiselle cerita pasal tiket. Tak lama lagi Piala AFF Suzuki.

Siapa team pilihan anda ataupun buat tak layan saja? Ke memang mee goreng mamak tetap di hati?

Ada siapa-siapa yang dah baca posting terbaru Ultras Malaya?
Oh...Selamat Hari Malaysia ye! (eh, orang Malaysia ke?)

Nota:
Hujan sangat menyamankan sampai Mademoiselle lupa yang Suzuki Swift dekat garaj dah tak berbasuh seminggu! Itu adalah cinta. Dan cinta Mademoiselle pada kereta kesayangan adalah dengan berusaha untuk memilikinya dan sentiasa buat dia bahagia:)

2 comments:

Kengkawan said...

me n bola, mmg not in d speaking term but i like ur writing hehe

Kengkawan said...
This comment has been removed by the author.