Tuesday, November 27, 2012

entry bahasa melayu saya #2


Bell pepper
Lada Benggala
Tun Teja Ratna Benggala. Benggala. Aku melurutkan keningku yang tebal berkali-kali. Benggala? Lada Benggala aku tahulah. Lada yang tembam-tembam tu...Ooops. Salah perkataan. Buat masa ini aku tidak mahu menggunakan perkataan seperti itu. Buat menyakitkan hati!

Aku menilik jam di sebelah kiri lengan. 8:30 malam. Sebentar lagi rakan-rakanku akan “berjumpa” Tom Cruise. Aku boleh membayangkan bagaimana reaksi mereka selepas keluar panggung. 

Seperti perempuan normal yang lain, mereka akan membandingkan wajah Tom Cruise dalam Mission Impossible, MI2, MI3 dan yang terbaru, MI4. Memanglah kalau difikirkan logiknya akal, wajah Tom Cruise sekarang tak akan “sejambu” wajahnya di zaman kami bersekolah dulu. Kalau diikutkan, ketinggian Tom Cruise juga akan tetap sama. Apa yang penting sebenarnya adalah waktu untuk bersama rakan-rakan. Tom Cruise hanya satu medium untuk mencetuskan suasana, mengingati kenangan lama dan mencipta kenangan baru.

Bukan mudah untuk mendapatkan semua rakan-rakan berada di tempat yang sama dalam masa serentak. Dalam usia yang menginjak ke 30-an ini, kebanyakan rakan-rakanku sudah berkahwin. Kalau dibuat reunion sekalipun, kami perlu fikirkan tempat untuk kanak-kanak. Tahun ini sahaja sudah empat orang rakan-rakan aku menambah bilangan anak. Bukan yang kedua atau ketiga, malah ada yang sudah menambah ke anak yang ke-empat!

Lantas kesempatan yang diberikan oleh para suami yang sporting itulah digunakan sebaik mungkin. Bukannya selalu. Hanya sekali dalam sebulan. Itupun jika tidak ada yang sarat mengandung, dalam pantang ataupun anak menyusu badan. Kalau tidak, anak diutamakan dulu. Nasib kami baik sebab kali ini, tidak ada yang masuk dalam kategori itu.

Cuma satu kategori ditambah:
Kategori Sarat Mengandung Dengan Kerja, Berpantang Tidur dan Menyusukan Boss yang Kebudak-budakan.

Yang termasuk dalam kategori itu cuma seorang: Aku.

Lagi difikirkan, lagilah menyakitkan. Sedari tadi aku hendak menangis sebenarnya. Tetapi prinsip mengatasi segala-galanya. Aku cukup faham dengan perangai Muaz. Taktik pulang awal selepas sessi “perbincangan” tadi hanyalah untuk menyakitkan hatiku. Meskipun Muaz tahu yang aku tetap akan mendapatkan tandatangannya sebelum penetapan akhir gaji setiausaha baru itu, dia tidak akan lupa untuk menyakitkan hatiku. Analisis dan cadangan aku perlu dirombak semula – kali ini dengan mengetengahkan “bakat-bakat tersembunyi” Fira. 

Di dalam hatiku hanya berdoa, tiada siapa yang tahu tentang pertimbangan mengarut ini. Kalau tidak sudah pasti gamat pejabat ini nanti.

Sedang aku hampir menyiapkan tugasan, tiba-tiba telefonku berbunyi:

“Hai beb! Buat kerja lagi ke?” suara ceria Qairyn menyapa telinga. Aku terus tersenyum.

“Hai…Eh, bukan kau orang patut tengok Tom Cruise ke? Apa kes?” aku dengan segera melihat ke arah jam tangan. 9:00 malam. Wayang sepatutnya bermula sejam yang lalu.

Guess what? Tak jadi! Anak demam, suami outstation, bibik balik Indon…macam-macam alasanlah! At last tinggal aku je. Sekarang aku tak tahu nak buat apa dah. Bosan!” Gerutunya di hujung talian. Aku menghela nafas lega sambil tersenyum. Bukanlah aku suka rakan-rakanku tidak datang, tapi sekurang-kurangnya aku tidak menangis sendirian di dalam pejabat.

So?” Aku meniru gaya sinis Muaz siang tadi. Aku rasa Qairyn dapat merasainya.

“Eeewwww…kau jangan nak jadi macam boss kau si Muaz bodoh tu ye! Sudah. Pack your things, aku jemput kau dekat office. Kita pergi jalan-jalan cari makan,” dia mengomel tanpa henti. Omelan itulah yang meluruskan kening tebalku yang bertaut sejak Muaz pulang petang tadi.

Aku ketawa kecil. Tetikus berlari ke ikon bawah sebelah kiri, dan….shut down.

*****

“Muaz cakap macam tu dekat engkau?!” Qairyn menunjukkan wajah tegang. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Dia memang selalu emosi apabila aku bercerita tentang Muaz. Walhal secara realitinya mereka tidak kenal antara satu sama lain. Sungguhpun begitu, reaksi Qairyn selalunya tidak disangka-sangka.

Yup!  That’s Muaz…” kataku sambil menjungkit bahu.

“Tapi…tapi…kau boleh saman dia! Pergi pejabat buruh, beb. Do something!” hidungnya kembang kempis.

Aku ketawa kuat.

“Beb! Aku tak buat lawaklah. He harassed you! Humiliated you! Dia tak gentle, beb. Lelaki budiman tak buat macam tu. Serius tak jantan!” Nada Qairyn malam ini agak berlainan.

Memang selalu dia marahkan Muaz bila aku terpaksa bekerja macam orang gila, tapi tidaklah sampai sepanjang malam dia bersuara soprano. Aku rasa fun fries McDonald’s di depan kami betul-betul digunakan untuk melampiaskan kegeramannya pada Muaz. Kumamannya betul-betul ganas!

“Kau lupa aku kerja apa, ye Q?” aku bertanya sambil tersengih nakal.

“Dia tu ular! Kau tahu tak ular? Kulit putih tapi hati hitam! Kalau ular letak sebelah dia, kau bunuh dia dulu!” Sekumpulan remaja berbangsa Afrika memandang Qairyn dengan wajah tanda tanya. Aku rasa, kalau mereka betul-betul faham Bahasa Melayu, sudah lama Qairyn ada teman sparring baru. Minta-mintalah mereka tak faham.

“Q, kau tahu tak Pak Arang sebelah kita ni dari tadi mengusha suara soprano kau tu? Cakap slow-slow sikit, boleh?”  Aku memberi amaran sambil mengetap gigi. Takut jika suara soprano aku pula kedengaran.

“Aaahhh…kalau boleh aku hantar dia orang ni semua pergi belasah Muaz, lagi bagus!” Qairyn meningkah sambil meneguk Coca Cola saiz besar. Aku tersengih. Dek terlalu marah, Qairyn lupa tentang pelan dietnya yang telah diusahkan sejak enam bulan lalu.

“Jangan sebab Muaz kau lupa diet kau…” aku mengangkat kening dan menjuihkan bibir ke arah makanan di depan kami.

Qairyn terlopong.

“Alamaaaaakkk….” Wajah kesalnya timbul.

“Cik Qairyn, awak tu nak berkahwin tiga bulan lagi. Cuba jangan lupa…” sengihku melebar apabila dia menolak fun fries itu ke tepi.

“Huuuu…macam mana ni? Habislah! Besok dah kena jogging extra tiga round. Ini semua Mu…”

“Kau berhenti marah Muaz tu. Tak guna. Nanti kau tak sedar, fun fries pula masuk mulut,” kataku sambil menggenggam tangannya.

“Tapi beb…” dia memandang wajahku geram.

“Tak berbaloi kalau kau gemuk time wedding hanya sebab marahkan Muaz. Dengar cakap aku,” aku terus menggenggam tangannya erat.

“Jantan tu dah melampau! Kau patut buat something, Ja. Kau tak buat, nanti dia akan melebih kenakan kau. Aku tahu, Ja, dia dengkikan kau. Dia yang bodoh, tapi kau je yang kena terima bala…” sayu kedengaran suara Qairyn di telingaku.

“Q, kan aku dah cakap. Kerja aku memang macam ni. Orang, kalau tak puas hati boleh mengadu ke HR. Tapi orang HR pula nak mengadu pada siapa, Q? Kalau kami bersuara, kami dilabel anti pengurusan sedangkan kami sendiri bawah pengurusan. Kalau sakit hati dengan pekerja pun tak boleh juga. Kami kena sentiasa bersedia mendengar. Hakikatnya, siapa nak dengar suara kami ni, Q?” Aku terus menggenggam tangan Qairyn.

“Sampai bila, Ja? Kau hari-hari bermalam dekat pejabat. Kalau aku tak jemput tadi, mesti kau dah tidur sana. Mana life kau, Ja? Dulu kau tak macam ni,” Aku tak boleh mengenepikan nasihat dan omelan Qairyn. Walaupun kebanyakkan masa aku berundur secara halus dari perbualan kami mengenai diriku, tetapi aku harus memberi rasa hormat kepada perasaan ambil beratnya terhadapku pada hari ini.

“Qairyn sayang…kau tahu kan, kenapa aku kerja keras? Semua bergantung pada aku sekarang. Ingat tu…” aku memegang bahunya lembut.

“Bukan sebab nak lupakan kisah lama ke, Ja? Cinta lama?” sayup suara Qairyn bertanya soalan itu
.
Aku tidak ingat sama ada soalan Qairyn aku jawab ataupun tidak.


20 comments:

Len Inouie said...

" Ko patut join gym Ja!!" kata Len Inouie. <- Bajet masuk dlm conversation jugak. Hahaha...

I hope your answer is NO.
:p

Kesuma Angsana said...

sempat juga KA habiskan bacaan dalm busy ari ni hehehe

Nizam.Ariff said...

Cepatlah beritahu jawapan awak...

Rapunzeel Cikilolo said...

Blame muaz sbb gemuk. Hikhik

norhidana miswan said...

speechless...

Dee said...

muaz2..tp org mcm tu mmg wujud dlm industri..btw..keje ngan hr kt opis k dee lah..rilex je k dee tgk dorang balik awal..kihkihkih..

kiera'sakura said...

hurm kak sha saya setuju ngn Q. sometime kita kena buat sesuatu agar org tak pijak kpala kita dan xambik kesempatan.

tp sy tau kak sha mesti lagi tau apa yg patut dan tak patut dibuat. what ever it is sy ada belakang kak sha. klu muaz tue brani buat pape siap dia!!!!

hainom OKje said...

Sha... rasanyya kat mana-mana company pun HR memang banyak memainkan peranan, samada dibenci atau dipuji, lumrah manusia Sha....

Beruntung Sha kerana masih belum ada commitment dgn rumahtangga... masih dapat melayan rela dalam paksa si Muaz tu.... hu..hu...

apa pun cari makankan Sha... nak buat cam ne... suka ke benci ke, malas ke terpaksa menghadapinya!...hurm...

LydSunshine said...

mUla2 confius, ingatkan si Qairyn tu yg anaknya demam, suami outstation dan bibik cuti. Tetiba kata lagi 3 bulan dia nak kawen. Ooo.. Kena baca semula. Heheh. Pastu baru faham. Gitu le gayanya kalo janji dgn org yg dah kawen dan ada anak. Satu hari nanti kita pasti akan camtu jgk.

Muaz tu poyonya.

Remy hazza said...

Sha.....
simpati remy padamu...... kena byk bersabar.... bukan org Hr jer...kekadang org bawahan nie juga rasa terpinggir.... suara tak didengari... kena byk redha.... sesab apa yg terjadi sudah satu ketentuan.... InsyaAllah mungkin ada hikmah satu hari nanti..... Tuhan dah recanakan yg terbaik utk kita semua......

Encik H said...

sama la Lyd..masa mula2 baca, ingatkan Q tu yg anaknya demam, suami outstation and bibik balik indon..rupanya kawan diorang yg lain..heheh

rasa curious pulak nak tau siapa sebenarnya Fira yg digembar-gemburkan sebagai hot stuff tu..

4feet8 said...

Alamak, nak masuk jugak dlm conversation tu, tapi tak tau part mana yang sesuai..kehkehkeh..

sekali sekala, ambilla cuti,sha. cari hobi baru, boleh jumpa org baru untuk hilangkan tekanan 'menyusukan' si Muaz hari-hari tu..hehe.. jom kita diving kat pulau-pulau di Sabah..

Pocket said...

ternyata kamu buktikan yang kamu mampu menulis dalam bahasa ibunda semenarik penulisan kamu dalam bahasa penjajah,

pocket terpegun sekejap,
terkesima dengan pukulan kamu...
'tetikus digerakkan ke bawah kiri dan.. shutdown'
'Q ada teman sparring baru...'
dan..
'berpantang tido, menyusukan boss..' heheheh...

cuma pocket terhenti sejenak bila mendapati Q nak kawin lagi tiga bulan... eh tadi kata suami outstation? anak demam?

ooooo.. suami orang lain..
anak orang lain dalam group penonton 'TOM CRUISE'
paham paham :)

hey hey..
u nak lupakan I pun
jangan dengan keja ok..
sila lupakan I dengan
lagi lagi berchenta ngan I...
moga kita gaduh sampai benci :)
hingga tapak kaki ku kau chankul ketepi,
hadiah hadiah ku dibakar api, sampai KEDAH tak kau pijak lagi. :D

heheheh

boni kacak said...

awak..kenapa awak tak berhenti kerja je.. awak berhak dapat majikan yang lebih baik daripada muaz tu lah.. dan, awak kena ajar muaz tu.supaya menghargai pekerja yang baik. nak lupakan kisah lama dan cinta, banyak caranya awak.... tak semestinya kerja keras dan kerja di bawah tekanan macam sekarang.. tepuk dada tanya selera.. nanti belanja saya makan.hehehee.tiba2 je kan

baby comel said...

Kak Sha.. Bersabarlah ye.. Tp xsalah pun kan kalau kita fight for our own right?? kerja kat mana2 pun ttp ada cabarannya..

Rai Ourkizuna said...

kak sha..seriously..kak sha boleh tulis skrip drama..saya suka entry english akak tapi sangat sangat suka entry akak dalam bahasa melayu..

tak bestnya ada bos macam tu kan kak.. akak taknak cuba cari kerja lain ke..? saya tau jugak pindah kerja bukan penyelesaian..sbb kat tempat baru masalahnya lain pulak.. biasala..adat bekerja..tapi at least takde la seteruk menyusukan bos yang kebudak budakan..

saya susukan anak selama 4 tahun da stress..apa lagi akak nak melayankan kerenah baby dewasa bertahun tahun..stress kak..

Cik Nurul Siezuka said...

Memang ade bakat.. Asyik Nurul baca satu persatu.. hehehe :)

wantie said...

haish.. bab tembam tembam ni le kan... tak dapat nak kata apa le dik. akak pun tembam jugak. terima je la... asal my hubby suka udah le..

lawaknya bila ckp sarat mengandung dengan kerja & menyusukan bos. memang mcm tu pun kan bila kerja. bos ajelah yg betul..

bos pun mengampu org atas jugak.

atty's said...

kty letak diri kty dlm watak Q..bila bengang makan byk,lupa diet..lepas tu menyesal

zeqzeq z said...

Chili seksi, lada ghairah,,,fuhhh