Wednesday, December 12, 2012

entry bahasa melayu saya #4

Farid Kamil

Farid Helmi bin Ariffin.

Aku hanya terdiam selepas Farid meninggalkan bilik itu. Terpaku. Sumpah aku tidak percaya. Kepala masih berpusing mengingati apa yang baru berlaku sebentar tadi. Aku meletakkan tapak tangan ke pipi yang masih panas. Tak perlu cermin, aku sudah tahu bagaimana rupaku. Sudah pasti tidak perlukan blusher merah jambu seperti yang dikenakan oleh Ana. Rasanya Lancome pun tidak mengeluarkan rona warna di pipiku kali ini!

Punggung yang terasa berat (atau sememangnya berat?) dihenyak ke kerusi. Bibir masih bisu. Entah kenapa rasa jari telunjuk Farid seakan masih melekat di situ. Tidak. Rupa aku pasti teruk. Sebelum aku masuk untuk menemuduga tadi, aku sudah siap-siap mengenakan gincu berwarna merah. Biarpun ada jaminan dari Mac yang gincu itu pasti tidak akan melekat dan comot, tetapi aku pasti sisa jari runcing Farid ada di situ. Eh, perlukah aku curiga dengan jenama seperti Mac selepas menghabiskan duit untuk sebatang pewarna bibir?

Keluhan berat aku lepaskan.

"Teja!" suara garau itu datang entah dari mana. Jantung tiba-tiba terhenti. Aku melompat bangun dari kerusi dan mula memandang sekeliling.

Muaz. Dengan. Pandangan. Yang. Tajam. 

Aku menundukkan pandangan. Bencinya. Waktu ini aku tidak mahu melihat Muaz dengan wajah itu. Waktu ini aku hanya fikirkan Qairyn dan bagaimana hendak menemuinya. Waktu ini aku hanya boleh menghitung jumlah jam sebelum sembilan malam. Perlukah aku lari awal dari itu atau membiarkan saja apa yang bakal berlaku? 

Aku perlukan Qairyn! Terlalu perlukan dia sehingga aku rasa sesak melihat wajah Muaz. 

"Ada meeting pukul tiga setengah. I nak you gantikan I," suaranya tegas. Aaaaaahhh...bila masa pula sebaliknya?

Aku mengangguk lemah. Bukan tidak biasa. Muaz memang seorang yang malas hendak ke mesyuarat bila dia ada hal peribadi. Beg laptop sudah digalas. Raut wajahnya agak relax dan memerah seperti udang dibakar. Pasti dia baru bercakap dalam telefon sebentar tadi. Pasti teman wanitanya yang bekerja sebagai seorang doktor itu baru sahaja menelefon hendak mengajak dia ke mana-mana.

"I got some personal matters to attend..." itu sahaja yang masuk ke dalam telingaku. Selebihnya umpama angin, biarpun suara Muaz boleh dikatakan macho juga. Itu kata eksekutif-eksekutif muda yang menggilai Muaz di pejabat ini. Maklumlah, lelaki berkulit cerah, biarpun pada hakikatnya biasa-biasa saja nampak menarik bagi sesetengah perempuan. 

Yang pasti bukan aku. Aku tidak sekali menganggap Muaz itu kacak sampai air kopinya pun perlu aku bawakan.

Tapi...

Farid juga cerah orangnya. Aku masih ingat dulu bagaimana aku tidak tahu langsung yang Farid itu adalah Farid. Aku sangkakan Farid berbangsa lain kerana wajahnya tidak langsung persis lelaki Melayu terakhir seperti Remy Ishak atau ahli politik Khairy Jamaluddin. Malah, aku boleh katakan wajah Farid lebih Cina dari wajah suami orang pujaan Malaya, Aaron Aziz yang dengar khabarnya bukan Melayu tulen itu. 

Entahlah. Aku tak ambil pusing sangat pun dengan Aaron Aziz sebab...

"Teja! Dengar tak?!" sergahan Muaz tiba-tiba meletupkan awan-awan bayangan Remy Ishak, Khairy Jamaluddin mahupun Aaron Aziz di sekitar minda. Tapi, awan bayangan wajah Farid masih kelihatan.

Aku terpinga-pinga melihat wajah ketat Muaz. Tapi tidak lama. Belum sempat Muaz membuka mulut, suara Ne-Yo berkumandang dari telefon bimbitnya. Muaz mengangkat tangan menyuruh aku duduk sambil tangannya sebelah lagi memegang telefon di telinga.

"Hello B...I sampai sekejap je lagi. Don't worry, sayang," suara garau yang mengherdik aku mula bertukar menjadi suara sang ulat bulu. 

"Ye sayang...jangan risau. KLCC kan belakang office I je. Kejap lagi kita tengok Coach, okay?" nadanya begitu berlemak, bermadu, berkrim disukai ramai suara Muaz bin Johar waktu itu. Menyampahnya aku!!! 

Farid dulu langsung tak pernah nak mengada-ngada begitu. Tapi aku cair juga. Aaaahh...kenapa semua benda yang Muaz buat aku bezakan dengan Farid ni? Oh ya. Awan bayangan Farid masih berlegar di kepala. Pop! Cepat-cepat aku gelengkan kepala untuk membuang awan itu. Tapi gagal. Minda masih melihat senyum sinis Farid sebentar tadi.

"You pergi meeting tu, Teja. Lepas tu nanti balik meeting hantar I minutes. Kalau kena buat deck for proposal buat. Jangan you lambat," keras betul amaran Muaz sebaik saja dia beralih dari telefon bimbitnya. Aku baru hendak membuka mulut mengatakan aku perlu pulang awal apabila Muaz mengeluarkan dompetnya.

Sekeping wang berjumlah RM50 dicampak di atas meja.

"Pergi dinner lepas siap semua kerja. And please. As usual, tutup mulut. Orang tanya, kata I jumpa top candidate dekat luar" katanya sebelum berlalu. Bunyi hempasan pintu menyakitkan telinga. 

Aku memandang kosong ke arah helaian kertas yang dicampak dengan murah oleh Muaz. 

Apa dia ingat RM50 boleh beli sebatang pewarna bibir tidak melekat dari Mac? Silky Girl bolehlah.

"Q...aku nak jumpa kau. Please? 5:30 p.m? Sharp? Pasal Orkid. Farid is back."

*****

"Apa jawapan kau nak bagi dekat mak kau ni? Tentang Dhia ni sah-sah kau missed dah," tanya Qairyn sambil mengunyah sayur-sayuran di dalam sandwichnya.

Aku cuba membuat perkara yang sama dengan Spicy Italian di depan mata. Bukan satu perkara yang senang. Sandwich di Subway memang sesuatu yang digemari sampai hendak dijadikan makanan ruji.Tetapi bukan hari ini, waktu otak sedang sarat.

"Aku boleh cakap aku ada meeting lambat tadi. Ganti Muaz," jawab aku perlahan.

Cepat-cepat Qairyn menghirup Ice Lemon Teanya. Matanya mula mengecil memandang aku. Maklumlah, kalau sudah allergic dengan Muaz, sampai bila pun dia akan begitu. Pantang disebut!

Kemudian dia menjongket bahu sambil berkata, "Nasib baik Subway petang ni. Aku dah agak kau akan sebut nama si bahalul tu."

"That is work, Q. You know me..." senyuman hambar aku berikan. Walaupun daun salad itu bukanlah rangup sangat dan sudah diracik-racik, kunyahan di mulut Qairyn sama ganasnya sewaktu dia makan kentang goreng di McDonald's tempoh hari. Gara-gara aku sebut nama Muaz, gigi Qairyn yang terpaksa bekerja keras.

"So...Farid datang..." Qairyn tidak menghabiskan ayatnya. Aku cepat-cepat mengangguk.

"Mana dia tahu pasal Orkid?" Aku menjongket bahu.

"Selain aku...siapa tahu?"

Aku memandang ke arah Qairyn. Entah bagaimana aku hendak membuka peti ini semula. Sudah bertahun aku tutup dengan baik. Walau apa pun yang terjadi, hanya Qairyn sahaja yang ada kunci pendua peti ini. Tak pernah ku berikan pada orang lain yang sudah tentunya aku tak percaya.

"Sepatutnya tak ada," jawabku ringkas.

Qairyn memandang wajahku. Lama. Dia menghabiskan kunyahan terakhir sebelum matanya redup memandang mataku.

"Kau sayang Farid lagi, Ja?" lembut suaranya.

Aku menggeleng cepat.

"Ja, boleh jangan tipu aku?" 

Bahuku jatuh. Berat benar rasanya beban yang aku tanggung sejak jam 12 tadi.

"Nak nangis, aku ada ni..." pujuk Qairyn.

Aku memandang wajahnya sambil menggeleng. Masih bisu.

"Kau kuat kan?" 

Aku memandang dia dengan penuh tanda tanya. Kening lebat ini dikerutkan. Tidak percayakah Qairyn pada aku?

"Kalau kau kuat, jumpa Farid."

Aku seperti tidak percaya apa yang aku dengar. Qairyn suruh aku jumpa Farid? Sejak bila Qairyn berlembut pasal Farid? Tak pernah langsung! Macam mana Qairyn membela aku mengenai Muaz, macam tu juga perihalnya bila aku putus hubungan dengan Farid dulu. 

Ini apa?

"The man needs to talk, Ja," sambungnya.

"Sejak bila pulak kau defend Farid?" agak tinggi juga suaraku waktu bertanyakan soalan itu kepada Qairyn. Tetapi dia masih tenang.

"Aku defend kau," jawab Qairyn selamba.

"Kau tahu kalau aku jumpa Farid, cerita aku tak akan habis. Dia yang mulakan, Q. Kau ingat tak? Dia yang kata taknak tengok lagi muka aku?" Membara rasanya memandang riak Qairyn yang tenang setenang-tenangnya bila berbicara pasal Farid. Rehat betul giginya dari mengunyah apa-apa. 

Qairyn hanya terdiam dan merenung aku lama. 

Tanpa aku sangka, dia meletakkan iPhone 4S di telinga dan dengan yakin berkata,"Farid. Subway. Avenue K. Datang sekarang."

Waktu itu lutut aku terasa lemah. Qairyn hanya memandang aku dengan wajah tenang. Aku bingkas bangun dari tempat duduk.

"Kalau kau sayangkan aku, kau duduk sini balik Ja. Aku tak pernah minta apa-apa dari kau," katanya.

Aku memandang wajahnya dengan hati yang luka. Aku tidak faham agenda Qairyn. Sekarang aku terasa seperti bukan hanya aku seorang yang berahsia. Rahsia Qairyn rupanya lebih besar dari yang disangka!

Tiba-tiba Qairyn menguntum senyum. Terasa hangat bahu kiriku. Aku berpaling untuk melihat punca kehangatan itu.

Farid tersenyum bangga ke arah Qairyn sambil melepaskan tangannya dari bahuku.

Biar betik?

17 comments:

norhidana miswan said...

ish... rasa pendek lak ntry ko kali nih.... bile nk abis cite nih? aduh lah

Nizam.Ariff said...

cepatlah sambung.....terseksa batin nak tunggu

Rai Ourkizuna said...

haduh kak sha..boleh buat novel ni.. cepat sikit up yang baru ya.. hahaha..

Rasp said...

more more moreeeeeeeeeeeeee....

Dee said...

ni dh mcm menanti episod seterusnya adam dan hawa..hehehe..

kiera'sakura said...

kadang memang perlukan orang ketiga untuk selesaikan masalah dua hati. bukan untuk mengkhianati sesape tapi untuk cuba menyelesaikan kemelut yang sedia ada

LydSunshine said...

Gepren muaz tu doktor. Tapi perangai tak mcm doktor pun. Lorat je. Agaknya sebab tu dia sesuai dgn muaz. Kehkeh.

Orkid tu sape plak? Mcm nama adik Yasmin Ahmad. Sha, nanti ckp kat farid, jgn sesuka hati pegang anak dara org wp berlapik. Tak baik. Berdosa.

ashie minho said...

aduhaiiii..entri ko ibarat novel chapter 2..haha.

Kengkawan said...

ehh
rm50 x dpt ke beli lipstick mac?
even after christmas sales?

(muaz jahat, patutla kasila rm12++ baru cukup nk beli henbeg jugak:-)

Remy hazza said...

sha.....
semakin hari semakin syok membaca.... betapa indah dan likunya perjalanan hidupmu..... telatah muaz dan juga persekitaran yg kekadang menarik utk dikongsi....
teruskan sambungan.....
tak sabar remy nak baca....

wantie said...

cepat sambung...

wantie said...

tak sabor nak tau ending.

Len Inouie said...

Gf Muaz a doctor... hmmm..
orkid?

cepat sambung!
hehe..

hainom OKje said...

Apa pun Farid Kamil tetap nampak macho!!! hu...hu...

Apa kabar Sha...lama tak dengar cite?

Lady Windsor said...

well done dear...cepat continue...cant wait for what next..??

Kesuma Angsana said...

like3

Rapunzeel Cikilolo said...

yup. perlu sambung entri ni. setiap cerita pasti ade kesudahan rite, kak sha?