Monday, August 26, 2013

bunga tiga bulan - part 2

Chocolate small cake by Anna.Khatskevich
Chocolate small cake, a photo by Anna.Khatskevich on Flickr.
“Fobia paling besar untuk seorang pengusaha kafe ialah ulasan yang teruk pasal kafenya,” kata Nina.

Yasmin terdiam. Jujurnya sejak bertemu Nina pagi tadi, dia tak bercakap banyak. Hendak dikatakan lebih banyak berfikir, mungkin tidak. Satu apa pun tak melekat di dalam kepalanya.

Terbayang di matanya senyuman manis avatar pemilik tweethandle @firazafarin. Dia sudah naik hafal dengan tulisan dalam bio beliau. – “penggila kopi...bla..bla...kepala lutut..kepala bana...bla...” 

Menyampah! 

Hydrangea Cafe bukan sekadar kedai kopi. Seluruh usaha hidupnya dicurahkan bagi memastikan cita-citanya untuk memiliki kafe sendiri tercapai. Pengalaman dari kecil bekerja di warung kampung, kopitiam di pekan,hotel-hotel dan rangkaian kedai-kedai kopi terkenal seperti Starbucks dan Coffee Bean digunakan sebaiknya. Dia masih ingat bagaimana dia pernah mengumpul segala hasil titik peluh demi untuk mendapat ilham seperti Howard Schultz. 

Berpuluh jam dia bekerja semata-mata hendak melihat sendiri Cafe dell Carozze di Chiavari. Dia juga sanggup menjadi Michael Gates Gill yang bekerja sebagai barista bagi memastikan operasi sesebuah kafe difahami sebelum dia meminta pinjaman kewangan dulu.
Bukan mudah juga mencari rakan kongsi. Ketika dunia bergolak tentang krisis Enron dan terpaksa bersaing dengan auditor lain untuk mencari kerja, dia ditemukan dengan peguam comel bernama Adina yang mesra dipanggil Nina.

Nina menguruskan banyak kes hartanah dan kebetulan seorang penggemar kopi dan buku seperti dirinya. Gadis bermata sepet itu seperti tahu apa yang dia cita-citakan dan tidak lokek berkongsi ilmu dan modal. Syarat Nina hanya satu: uruskan operasi kerana dia masih perlu jadi seorang peguam. Takkan hendak biarkan saja kepala dipijak dengan ulasan tak masuk akal?

“Aku rasa masa Maria Tunku Sabri buat Jalan-Jalan Cari Makan, tak pernah pula dia kata ‘tak sedap ni tuan-tuan dan puan-puan. Tak payahlah datang atau makan.’ "

“Itulah pasal!” Yasmin merengus kasar. 

“Waima blogger paling hipokrit pun tak guna perkataan yang dia guna ni. Paling teruk pun mungkin diorang akan kata ‘ini lawatan terakhir’”, sambung Nina lagi.

“Nina...kalau tak, aku tak datang cari engkau!” getus Yasmin bila semakin tidak keruan untuk mendengar. 

“Engkau takut benda ni akan merebak. Nanti orang tak datang Hydrangea Cafe lagi. Itu fobia terbesar engkau kan?” soal Nina dengan senyum segaris. Yasmin mengangguk lemah. Kepala yang mula berdenyut dipicit-picit. 

“Bodohlah kau ni, Min,” Nina tergelak. Yasmin melopong. Kening kiri diangkat tanda tak puas hati.

“Engkau ingat macam mana aku boleh sampai ke Artisan Roast ni? Bukannya dekat dengan Ampang,” tanya Nina.

“Manalah aku tahu.”
“Facebook. Instagram. Twitter. Semua itulah,” jawab Nina dengan riang.
“Cliche. Main stream. Poyo,” tingkah Yasmin. 
Yang cliche, main stream dan poyo tu yang orang kejar, Min,” sengih Nina semakin menyakitkan hati. Aku menggeleng. 
“Gila glamer semua tu, Nina.”

“Hey! Memanglah. Bisnes kena glamer baru orang datang, Min. Tak ada siapa yang akan datang Hydrangea Cafe ni kalau promosi tak ada. Setakat letak dekat board tulis pakai kapur depan kedai tu bukan promosi namanya. Dah lupa dulu belajar Principles of Marketing? ” jawab Nina sambil tergelak. 

Matanya mencerun memandang peguam comel yang sentiasa positif. Kalaulah dia boleh pinjam kekuatan Nina untuk menghilangkan fobia di hatinya. Kalaulah gelak tawa Nina boleh membuatkan kegusarannya terpadam. Kalaulah sinar mata Nina boleh memberikan dia kekuatan bahawa masih ada lagi manusia yang akan datang ke Hydrangea Cafe walaupun selepas membaca ulasan si tweetfamous bernama Fira Zafarin. Alangkah bagusnya. 

“Kalau kau tak kisah Min, aku ada sesuatu nak cakap.” 

“Apa dia?” tanya Yasmin acuh tak acuh. “Kau bukan fobia orang tak datang Hydrangea Cafe lepas baca review teruk. Pada aku, kau fobia dengan Fira Zafarin,” bahasa mata Nina seolah memaksa. Yasmin membisu.

“Cuba kau cerita sikit, Min. Apa yang si Fififafafufu ni dah buat dekat engkau?”

Monday, August 19, 2013

bunga tiga bulan - part 1

:: Friday hydrangeas :: by simple pretty
:: Friday hydrangeas ::, a photo by simple pretty on Flickr.
“Selamatlah pagi.”

Tweet Khairul Nizam Bakeri sering membuatnya tersenyum. Tuan punya tweethandle itu juga sering membuatkan dia kagum bagaimana menulis sesuatu itu kelihatan mudah tapi akhirnya membawa hasil yang menakjubkan. Tak pecahkah otak memerah idea agaknya? Dia selalu tertanya-tanya.

Lambat-lambat dia usap skrin sentuh iPad miliknya. Timeline diteliti perlahan-lahan. Bibirnya umpama si tukang kayu. Ada masanya ukir senyuman. Ada masanya segaris. Ada masanya berbentuk. Lesung pipit hasil dari pengumpulan sel-sel mati di sebelah kiri bibir kelihatan tenggelam timbul mengikut reaksinya.

“Tema majlis perkahwinan kami nanti adalah Twitter!”

Bulu tebal atas mata sebelah kiri mula terangkat. Jari telunjuk menekan lembut paparan twitpic yang disertakan. Sekeping kad jemputan majlis pekahwinan ditayangkan. Burung berwarna biru dan doodle kedua bakal mempelai menjadi hiasan kad perkahwinan. Segala butiran dari nama seisi ahli keluarga, alamat dan nombor telefon terpampang di skrin kaca. Leher menggeleng. Takkan tak fikirkan keselamatan langsung? Tak ada langsung rasa fobia kalau tiba-tiba kenduri diserbu Bangla? Dia ni anak orang kaya mana yang boleh sumbat semua orang jadi tetamu tanpa buat belanjawan? Atau adakah dia pengamal ilmu hitam yang boleh membalas santau?

Hidung menghela nafas. Ketika dia hendak menyedut, deria bau berfungsi. Kecur air liur di bawah lidah bila terbayangkan bunyi biji kopi dikisar. Sedikitpun telinganya tidak bingit. Bagaimana obsesnya dia kepada muzik adik-beradik Gallagher dari Oasis, begitu juga hantunya dia dengan bunyi bising bijian keras dipalu bilah-bilah mesin. Bunyi tersebut umpama terapi, terasa melegakan sambil jari meluncur atas skrin kaca.

“Seorang artis kata beliau bangun tidur lambat disebabkan terkena buatan orang. Mungkin aku pun macam tu.”

Gigi tiga puluh dua batang menghiasi wajah. Dia menyeringai sambil dada berombak menahan ketawa. Buatan orang? Tak ada alasan yang lebih logik ke? Kadang-kadang tequila yang dituang rakan-rakan atau bibir merah lembap milik si mungil boleh saja buat kau bangun lambat kan? Jangan nak bagi alasanlah! 

Tapi mana mungkin hendak diberitahu satu dunia yang engkau termasuk golongan yang ada dua, tiga atau sepuluh identiti? Bagaimana hendak beritahu dunia yang engkau seorang hijabista yang gemar meramas tangan teman lelaki ketika bersiar-siar? Bagaimana hendak beri justifikasi pada kawan-kawan yang engkau adalah perokok tegar tapi bila depan isteri, bibir merah jambu suci seolah tak pernah dicemar nikotin? Bagaimana hendak jawab dengan ibu dan ayah bahawa engkau tak pernah tinggal kewajipan lima waktu tapi bila kawan-kawan riuh hendak melompat dan bernyanyi di stadium bola pada waktu Maghrib, engkau buat tak nampak penyokong lain sujud di belakang curva? 

Hipokrit.

Memang tak elok menyamakan manusia dengan binatang. Tapi golongan ala sesumpah memang ramai dalam dunia. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya media sosial yang mengajak manusia untuk mempunyai tanda nama tertentu untuk nampak hebat sentiasa. Segala aktiviti dirakam dan dihebah. 

Mula-mula dulu Friendster. Kemudian MySpace. Tiba-tiba Blogger dan Wordpress membuka peluang untuk manusia menulis mengenai diri mereka. Bila wujud Facebook, lebih banyak imej yang perlu dijaga. Bila adanya Twitter, macam-macam jenis berita tersebar. Segala jenis kek dan lempeng ditayang dalam Instagram. Walaupun bibir bersalut air liur basi tapi baunya tak pernah melekat di dalam Keek. 

Dia bukan sesiapa pun di media sosial. Facebooknya hanya untuk keluarga dan rakan-rakan. Twitternya hanya ada mat salleh sesat yang follow sekali sekala. Instagram dan Keek tak pernah jadi minatnya. Dia tak pernah kejar pangkat tweetfamous yang nampaknya lebih tinggi dari pangkat pengarah jabatan kerajaan itu. Tak rugi rasanya jika satu dunia tak nampak dia berbaju kelawar dan berbedak sejuk dalam video.

“#JelajahFixiLejen akan menemui anda di Buku Jalan Seremban. Mari melejen!”
“Shawl 3 Layer menyembunyikan dagu berlapis! Siapa berminat sila DM.”
“Semalam makan dekat Full House Cafe rasa macam dalam cerita Korea!”

 Perut berbunyi. Masa untuk sarapan.

“Sha! Espresso double shot!” dia memekik.

“Aye aye! One Hydrangea Espresso!” Sha si barista menjawab sahutannya.

Lima minit kemudian, dia datang menatang dulang yang ada tiga perkara kegemarannya: kopi, buku dan sekuntum hydrangea.

“Mana kau dapat?” dia bertanya sambil bibir menjuih ke arah buku paperback di hadapan mata. Matanya mencerun memandang wajah Sha yang tenang.

“Aku order online.”
“Kau pakai duit kau ke?” Anggukan dilihat.

“Sha...lain kali pakai duit dalam bajet buku kita. Kalau minta, mesti aku bagi,” dia menggeleng. Sha hanya tersenyum. 

Cuba baca dululah, Min. Mana tahu okay pulak. Tak okay boleh bagi aku balik.”

Dia hanya mengangguk sambil menyelak helaian kertas di depan mata. Diari Si Barista. Bunyi menarik. Siapa yang tulis? 

“Seorang penggila kopi yang akan menggigil kepala lututnya jika tidak menjamah kafein. Pencinta kicauan di Twitter.” 
-@firazafarin 

Hydrangea diletak di celah buku. Punggung diangkat. Kaki mula melangkah. 

 “Kau jaga kedai, Sha. Aku nak cari orang!” 
 “Siapa?!”

 Soalan Sha tidak diendahkan.

Monday, July 15, 2013

heroin - amal hamsan - lejen press

Buku Aku. Dan bunga ibu :)
Tajuk:
Heroin

Penulis: 
Amal Hamsan

Penerbit: 
Lejen Press

257 muka surat

Sinopsis: 

Mungkin mood aku tengah baik sebab aku beri Heroin 5 bintang. Selain dari Seekor Pipit dan Sekuntum Mawar, tak ada lagi antologi yang dapat sampai macam tu jumlah bintangnya dari aku. Bukan senang. Fixi yang aku suka bangat buku-bukunya pun aku tak dapat nak bagi 5 bintang lagi sebab belum cukup ngam, tapi antologi sepenuhnya tulisan Amal Hamsan ni aku beri 5 bintang.

No doubt. Aku beli Heroin pada Pesta Buku Antarabangsa KL baru ini. Kira lambat jugalah aku ni. Maklumlah, buku ni dah dikeluarkan pada tahun 2011 dan buku yang aku beli pun dah cetakan ketiga. Nak kata diri sendiri ketinggalan zaman pun tak jugak.

Terus terang aku katakan Heroin ni mungkin tak akan famous kalau tidak kerana Amal Hamsan keluarkan bukunya yang baru iaitu Seyogia. Promosi Seyogia pun beriya-iya sampaikan aku hendak tak hendak terasa seperti nak "test" baca cerita Amal Hamsan dengan Heroin.

 Bukan tak pernah baca tulisan Amal Hamsan. Bahkan sebenarnya, aku sendiri tersengih-sengih bila dapat tengok nama aku tertulis di bawah namanya dalam antologi cerpen Kali Pertama. Aku pernah baca tulisannya dalam Kopi. Tapi mungkin ada tulisan-tulisan lain yang lebih outstanding, aku tak nampak sangat tulisannya waktu itu.

Kulit Heroin - cantik. Cuma kurang kemas. Kena kemaskan sikit lagi supaya petak2 macam gambar pixel pecah tu tak ketara sangat bila direnung dalam-dalam. (atau sengaja?) Tapi aku suka tema kulitnya. Macam tengok cover album Evanescence dengan Meena Harker sebagai model.

 Feminin. Tapi dark. Aku suka. 

Perasaan membaca Heroin adalah hampir sama dengan perasaan membaca Seyogia. Yang terlintas dalam kepala aku hanya dua perkataan, "Domestic Violence."

Tapi mungkin aku lebih suka Heroin dari Seyogia sebab aku rasa dalam Heroin ni masih ada keras yang boleh dilembutkan, salah diperbetulkan, dan dosa diampunkan. Sebab bagi aku cuma satu, bukan semua benda dalam dunia ni mesti berakhir tragis. Walaupun kita suka kalau sesuatu yang jahat ada pengajarannya, tapi bukan semua pengajaran itu mesti berakhir dengan kematian - kena bunuh, kena rogol, sakit tenat. Atau semua orang jahat mesti dihukum dengan panah petir.

Wooiiii...banyak sangat tengok Hindustan ke?! 

Tapi bila aku baca Heroin, aku jadi suka. It's like the younger version of me, talking to myself. Yang sekarang dah berumur 30 tahun. Aku mungkin masih kebudak-budakan dari pelbagai segi, yang berfikir macam-macam sebelum buat keputusan. Tapi satu masa dulu aku pun pakai redah je macam watak-watak yang Amal Hamsan ceritakan.

Jadi aku faham.

Ya, umur yang mentah kadang-kadang buat kita rasa dewasa tapi sebenarnya tidak. Memandang cerpen-cerpen dalam Heroin buat kau rasa, "Haishh....dulu aku pun pernah fikir macam ni. Tapi...salah sebenarnya." 

Tulisan Amal Hamsan ni detailed dan kemas. Itu buat aku tertarik nak baca kedua-dua buku yang aku beli di PBAKL itu hari. Dia tak sewenang-wenang meletakkan diri atau watak sebagai hakim. Ada separuh tulisan tu kau boleh jadi meluat. Lagi-lagilah kalau penulis ada akaun Twitter yang bash orang sana-sini, unmention dengan konon-konon diri tu sarkastik tapi sebenarnya plastik. Rasa nak hempuk saja buku tu kat kepala dia.

Tapi semua tu kau akan susah nak jumpa dalam buku Amal Hamsan. Tulisan yang jujur ni buat kau rasa nak mendekati buku tu lepas membacanya. Macam seorang awek yang jujur, kau rasa mahu kenal lagi rapat selepas salam dijawab kali pertama. Itu perasaan aku bila baca Heroin. 

Emosi aku bila membaca cerpen-cerpen dalam Heroin akan berubah-ubah mengikut watak Heroin tu. Aku suka bila Amal Hamsan ni jenis guna nama yang senang disebut. Memang kepantangan aku kalau membaca lepas tu terkial-kial nak menyebut nama watak. Ya, terima kasih Amal Hamsan. Lidah aku masih berfungsi seperti biasa :)

Satu saja yang aku kurang setuju. Filem Fiksi dengan Gadis Sigaret tu agak kurang umph untuk diletak sebagai 2 cerpen di depan. Kalau boleh aku harap Lejen Press asingkan kedua-dua cerpen ni sebab pada aku kedua-dua ni kalau nak dibanding dengan cerpen-cerpen yang lain, memang agak ketinggalan. Untuk aku sebagai pembaca yang travel sini sana, aku prefer kalau cerpen awal dan akhir tu boleh memikat aku sampai aku taknak lepaskan buku. Ini satu benda yang belum boleh dibuat oleh Heroin.

Tapi satu antologi cerpen tu mestilah kena dengan tema dan sinopsis. Aku dah boleh agak bila ending setiap cerita Heroin tak berapa berbunga-bunga. Realiti hidup kan? Lagipun bukan dia tak cerita dalam sinopsis. Bukan dia tak tunjuk dengan kulit yang malap? Baca buku pun kena tabah :)

Itu yang aku puji sangat-sangat. Ada separuh antologi tu berkonsep. Nampak seronok tapi tak seronok pun sebenarnya. Kadang-kadang kau confuse kenapa cerita itu macam itu dan macam ini sebab kau dah letakkan expectation awal-awal. Tapi, rasanya yang buat aku puas hati dengan Heroin ialah bila semua expectation aku tu seolah kena tepat. Terasa pelaburan dan perangai "pakai redah je nak beli buku apa" seakan berbaloi-baloi.

Aku tak mahu komen satu persatu cerpen dalam Heroin. Nanti rosak mood yang nak membaca. Sila beli dan sila hayati. Dalam semua-semua cerpen tu aku paling suka sekali dengan Khilaf, Penulis dan Once.

Yep! Aku ada terjatuh hati sikit dengan watak dalam ni iaitu seseorang di dalam Once. Teringat makcik ni dek kisah-kisah lama :P

Apapun tahniah Amal Hamsan dan terima kasih. Tak sia-sia Lejen letakkan anda sebagai penulis perempuan sebab...GIRL POWER! Yeah...I tend to like you with this piece. Keep it up! Belilah. Bacalah :)

Sunday, July 14, 2013

seekor pipit sekuntum mawar - siti aisyah - itbm

Tajuk:
Koleksi Peribadi Sempena #Ruang365HariBJS
Seekor Pipit Sekuntum Mawar

Penulis: 
Siti Aisyah Mat Saad

Penerbit: 
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

122 muka surat

Sinopsis: 

Buku ini aku beri 5 bintang kerana ia sangat bertepatan dengan apa yang aku cari. Buku alternatif memanglah bagus-bagus dan satu minat baru yang agak addictive bagi aku. Tapi buku macam ni pun tak kurang hebatnya. 

Siapa kata buku ITBM tak cool tu aku tak tau nak kata apa sebab ada beberapa buah yang aku dah baca dah hebat-hebat semuanya! :) 

Aku beli buku ni di Buku Jalan Seremban sempena #Ruang365BJS tempoh hari dengan harga hanya RM10. Bila aku dah mengamati buku ni aku jadi segan dengan harganya. Kulit buku dahlah cantik, siap dengan penanda, kertas bagus dan tak cepat pula rosak walau diletak di dalam handbag, dikeluarkan berulang kali dan dimasukkan bila sampai ke destinasi. 

Tak lama masa aku ambil untuk baca buku ni kerana isinya yang ringkas dan padat. Aku suka dengan ayatnya yang deskriptif dan tak terlalu berbelit-belit. Pendek-pendek tapi tak kurang dengan kosa kata baru.

Aku juga suka bila sesuatu yang diceritakan itu digambarkan dengan mudah. Sedar atau tidak, buku ini adalah tergolong dari jenis buku yang membawa engkau ke dalam cerita. Walaupun ceritanya adalah cerpen, dan aku adalah seorang traveler, aku masih boleh menghayati cerita, belajar dan beremosi dengannya. Aku juga tak rasa muak membaca nasihat-nasihat dalam buku ini walaupun ketika itu aku sepatutnya serabut dengan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. 

2 jam perjalanan balik ke Seremban selepas seharian penat bekerja pun tak terasa apa ditemani buku ini. Banyak cerpen yang aku suka, contohnya Mertua, Menantu dan Ketam Batu yang bagi aku satu permulaaan yang sangat sempurna untuk buku ini.

Cerpen ini membuatkan aku terus melekat dan terus tak terfikir nak baca buku lain (sebab selalunya aku baca 2-3 buku serentak). Pada aku, buku ni bukan buku drama imaginasi pelik-pelik atau cita-cita tak kesampaian penulis. 

Semuanya tersusun dan tidak syok sendiri. 

Patut beli? Belilah. 

Buku ini mungkin nampak skema pada sesetengah orang tapi...rasanya...kalau...aku...yang...tak...skema...boleh...baca...korang pun boleh juga :)

Thursday, July 11, 2013

wedding speech - khaliza khalid - fixi novo

My private collection :)
Title:
Wedding Speech

Author: 
Khaliza Khalid

Publisher: Fixi Novo
266 pages

Summary:

The two remain together until Yus loses his scholarship and is forced to part ways with Kelly. Too late for him, he discovers his feelings for her aren’t skin deep. Years later, they reconnect in Kuala Lumpur. Yus’s love for Kelly remains strong and so he attempts to ruin her marriage to win her back.

Just a piece of advice:
Get a dictionary before reading this book. 

Actually, it is not that bad. It's just that most people are busy with Candy Crush, they will save the battery for the game and forget Merriam Webster in their smartphone. Conventional dictionary or Thesaurus? I don't think so. Yet, that is the the requirement of the book.

Buku Jalanan Seremban celebrated their 365 days of operation few weeks ago and they have extended the invitation to Buku Fixi . Frankly, I searched for their booth the moment I reached TM Bistro. Well, I missed the launching in Publika (which was not intentional), all my Fixi Novo's books were from the first print (and I was proud of that) and the cover for Wedding Speech was awesome!

Look at the colour and simplicity of the book, folks! And just enjoy the quality. Fixi Novo has never failed to amaze me.

I spent the first three days of Ramadhan reading the book and thanking Fixi for the awesome planning of releasing Novo's books. This was not the wisest decision, I would say, knowing the content would contradict the spiritual fights that I must endure as a Muslim. Regardless, with an open mind and knowing that reading was part of learning, I made sure that whatever I read in there was not purely emotion and some things needed objectivity.

Besides, this was what the book missed at certain point - true emotion. 

It has got to do with all aspects including the character, the intricate words, the short sentences and the whole story line. I have to admit that as a traveler and reader at the same time, I am a bit lost with certain part of the story. There are times when I everything is too connected or repetitive up to the extend that I feel like going round the circle.

The main character might not be my favourite but that is totally normal, knowing that I always have a thing with villains. Well that would explain why I Karr  :)

Regardless, this is not a useless effort. The underlining of this story must be learned and understood. There are new things to be discovered for those who think that life revolves around Muar only. 

It's just that I feel that the book is too "Fixi" at the ending. I hate twisted stuff. It doesn't appear exclusive anymore because most Fixi books are twisted. Eventually, this whole twisted thing in this book just burst the anger of the reader. Like me.

If you are against alternative books, try run 100 meter from this book as you might tweet craps in Twitter - condemning the book for no reason at all. Read. I don't want to say much. Just read. No regret :)

3 stars for the book as it's not there yet. Almost - that's what I can say. Fixi Novo has improved a lot.
Good job and keep it up Fixi!  :)

Monday, June 24, 2013

babi - azwar - lejen

Tajuk: 
Bercinta di Balik  Api (BABI)

Penulis: 
Azwar Kamaruzzaman

Penerbit: Lejen Press
298 muka surat

Sinopsis:

Ya! Sekali melihat semua mengatakan aku seperti lelaki. Sebenarnya naluri aku masih perempuan. Berkawan dengan Leman sejak kecil, membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. Dia mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Biarpun, perjalanan kehidupannya penuh dengan duri. Aku sayang dia biarpun dia disamakan dengan BABI. Tapi... - Azmi

Cinta itu hanya di birai katil. Setelah habis aksi diranjang, maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. - Pauziah

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Parah juga nak menanti kehadiran BABI di pasaran. Aku pergi ke PBAKL pada hari pertama kiranya aku dah berbelanja banyak. Kira berhabis jugaklah. Agak kecewa juga bila diberitahu yang BABI hanya akan dilancarkan pada minggu berikutnya. Adoi. Kenapa tak boleh beli waktu tak ramai orang?

Walaupun PWTC kira dekat dengan tempat kerja, tapi aku cukup malas nak ke PWTC. Bukan sahaja malas nak menukar LRT di Masjid Jamek yang maha sesak, aku juga malas nak fikirkan untuk berpusu-pusu sama dengan manusia-manusia lain di booth Lejen Press atau Fixi. Menginjak ke usia 30-an ni aku harus beri laluan pada budak-budak sekolah nak beli buku indie.

Tapi nak buat macam mana kalau aku sudah berhati muda? 
Membaca bukan kira peringkat umur. Kalau tak dah lama Al-Quran itu dikhaskan untuk orang tua yang dah nak mati. Iqra' - untuk sesiapa sahaja manusia yang melangkah dan merangkak di muka bumi kan? Jadi tak perlulah kita menilai seseorang melalui bahan bacaannya. Kalau macam tu budak-budak baca saja buku ikut umur. Tak perlu kembangkan minda baca buku orang tua. Sampai bila pun tak akan matang.

Aku buka Twitter. Aku nampak lagi orang bercakap tentang BABI. Tiga belas biji buku yang aku beli pada hari pertama seakan tak cukup. Aku tak puas hati. Kenapa buku ni dinamakan BABI? Lepas pula di pasaran. Masa tu dah dekat dengan pilihanraya jadi aku mula berkira-kira. Entah-entah buku ni macam SHIT. Shit lah kalau macam tu. Aku tak perlukan buku politik waktu-waktu ramai marhaen fikir punya ideologi paling agung di kedai kopi.

Tunggu punya tunggu. Akhirnya aku ke PBAKL sekali lagi untuk jumpa kawan-kawan. Yeayyyy!!! Dengarnya BABI dah mula dijual di sana jadi aku pun selit sekeping RM50 dalam dompet. Yang bagusnya pasal pesta buku, RM50 aku boleh dapat sekurang-kurangnya 3 biji buku. Lagi-lagi bila ke Lejen Press atau Fixi.

Ramai sangat orang sampai kepenatan juga nak merempuh orang. Aku buka Twitter sekali sekala. Ada tweet kata penulis BABI akan beri bookmark khas kalau datang waktu dia di situ. Kebetulan. Terus aku ke sana. Kalau dapat bookmark memang tak perlulah nak beli bookmark lain nanti. Memang perangai aku sukakan bookmark dari mengelepet buku. Aku memang tak suka buku dikelepet dengat sengaja. Terkelepet tak apalah, nak buat macam mana.

Waktu aku sampai di booth #JelajahLejenFixi memang ramai orang tahap tak beringat. Adik aku terus tanya, aku nak buku yang mana. Aku cuma beri dia duit untuk sama-sama beratur di hujung minggu depan booth yang popular tu. Rombongan sekolah memang berduyun-duyun ke sana jadi alang-alang adik aku dah menawarkan diri untuk beratur, biarkan jelah.

Rupanya dia siap beratur untuk dapatkan tandatangan Azwae Kamaruzaman, penulis novel BABI.

Bila aku dapat buku, aku tengok sudah ada bookmark, sudah ada tandatangan dgn tulisan yang kira kemaslah jugak untuk seorang budak lelaki. 

Terharu aku. Sayang juga adik aku dengan aku rupanya. Dapat autograph penulis woi! :)

Selepas dari peristiwa tu lama jugalah novel BABI berada di atas rak dan tak dibaca. Hehehe. Memanglah. Dah kata beli buku sebanyaknya. Bukan dari satu pesta buku pulak tu. Rasanya list buku yang tak dibaca lagi memang melambak. Tapi tak apalah, perlahan-lahan akan habis, aku tahu. Dulu masa ke Big Bad Wolf dan pertama kali ke BookXCess aku ada fikiran yang sama. Masa mula-mula dapat habiskan masa dekat Kinokuniya setiap hari pun aku jadi gila. Gila membeli. Tapi akhirnya dapat dihabiskan.

Entah macam mana lepas aku baca Antologi KLCC dan Pussy Untuk Perpisahan itu hari (yang aku akan review tak lama lagi), aku jadi tension pula. Buku antologi cerpen memang begitu. Kau suka satu benda itu gila-gila tapi bila kau tak suka, pun tak suka gila-gila juga. Aku baca KLCC dan PUP back to back. Memang rasa loya nak muntah. Tulisan pelbagai yang buat aku tulis update Goodreads-Twitter dengan agak emosi jugak. 

Jadi, aku ambil keputusan, kenapa tak baca fiction. Kenapa tak baca satu novel satu cerita. Rehat sekejap dari antologi.Rehat sekejap dari benda yang aku tak berapa suka :)

Aku mulakan dengan saat dalam gambar ni. Dalam LRT dari KLCC ke Pasar Seni di suatu petang yang sunyi. Tak ramai orang walau hari bekerja. Sekumpulan amoi dan seekor ah chai duduk di depan aku dengan muka tak puas hati. Satu, sebab aku Instagram handbag baru yang beli dekat Spain ni dengan kasut berwarna diorang. Aku rasa diorang perasan yang paha mereka dirakam. Satu lagi waktu aku angkat buku warna merah ni, ada satu perkataan besar terpampang :BABI.

Siapa nak baca perkataan atas tu pun kan? Takkan punyalah! Bercinta di Balik Api tu tak akan ada siapa yang baca. Malahan di Twitter dan Goodreads pon buku ini ditag sebagai BABI.Tersengih panjang aku dibuatnya.

Pujian aku berikan pada Lejen Press. Kalau dulu aku rasa Terfaktab Media mengeluarkan Sarkastik Cinta yang cantik dan detail, sekarang aku rasa bila Lejen betul-betul berentap, mereka memang lebih power dari Terfaktab (well, Diorama Eksisten memang lagi hodoh dari Lelaki Eksistensial). Aku rasa kalau Lejen Press buat buku2 yang simple, menarik dan cantik, makin ramailah orang beli buku diorang nanti. Aku tak masukkan Fixi dalam cerita ni. Fixi sudah ada cover yang ada identiti mereka sendiri. Tapi Lejen? 

Buku cantik Lejen Press bermula dengan BABI. 

Cover warna merah memang sesuai dengan jalan cerita ini. Spoiler yang aku nak berikan ialah : Buku ni warna darah period seorang wanita. Oh yes...dalam buku ni juga ada scene yang melibatkan subjek tersebut. Siapa kaki geli janganlah baca. Tapi aku sarankan walaupun muntah, sila baca sebab scene itu aku tak jumpa dalam mana-mana buku lagi :)

Gambar wanita duduk atas babi juga adalah simbolik yang aku paling suka. Tak ketara tapi mencengkam juga. Bukan sebelum baca tapi selepas baca. Engkorang tahu, aku ada satu habbit yang dinamakan, "Judge a book by its cover after reading it?" Aye. Aku suka buat tu untuk kaitkan buku dengan cover. Lepas tu aku akan mengomel, macam aku mengomel dalam blog ni lah :)

Setiap permulaan bab pula ada gambar kepala babi. Daring kan? Sangat! Tapi macam aku cakap tadi. Judge a book by its cover selepas membaca ni tak sama dengan macam bila kau tengok dulu cover baru baca. Contoh macam novel BABI ni. Modelnya adalah babi jadi kalau anda adalah seorang yang acah-acah sopan, janganlah menangis pula buka setiap bab.

Gaya bahasa dalam buku ni pun aku suka. Aku tak nampak sangat apa-apa yang major dan boleh dijadikan isu. Mungkin sebab aku sudah ada persepsi yang buku ni adalah seadanya. Aku pun bukan pembaca metafora ayat puisi.Ada separuh tulisan yang ala-ala nak jadi Fynn Jamal tu aku memang tak layan. Nasib baik novel BABI ni tak begitu. Terima Kasih Lejen kerana memikirkan buku yang mudah tapi ada isi untuk dihadam.

Yang aku gemar tu cerita ni tak bercita-cita tinggi. Tak perlu sampai ke Kuala Lumpur nak buat cerita maksiat. Cerita ini bertempat di Sungai Petani dengan telo Kedah yang pekat tak pekat sekali sekala terselit di dalam buku. Yang aku syok tu, hebat betul level of English pelacur dalam buku ni. Kalah cikgu Bahasa Inggeris atau pelajar TESL yang berdentam dentum di Twitter dek penangannya.

Disebabkan pemilihan lokasi cerita itulah segalanya nampak logik dan bertempat. Aku rasa mungkin penulis orang sana, jadi gaya tulisan pun selesa. Aku pernah komen sebelum ini yang aku cukup tak minat penulisan bajet, lagi-lagi bajet urban tapi sebenarnya had penglihatan adalah 50 meter sahaja. Taknak kalah berdebat tapi penulisan macam Muar yang darurat. Pada aku, novel BABI tidak begitu dan aku hormat pada cara penulis yang turut membawa pembaca 30an macam aku untuk berkata, ada kematangan dalam setiap ayat walau ayatnya dialog budak sekolah. Tahniah aku ucapkan.

Jalan cerita macam mana?

Sesiapa yang nak baca buku ni harus tabah. Ini hukum dunia. Realiti dan bukan durian crepe atau kek pelangi. Bahasa mudah, cerita normal tapi garapannya buat cerita ini jadi luar biasa impaknya. Sesiapa yang membaca tak perlu ada latarbelakang hebat atau pelajaran tinggi. Buku ini adalah sesuai untuk sesiapa sahaja. Kalau beri pada ibu bapa baca pun tak apa. Ayah aku pun baca buku ni dah tersenyum sambil berfikir. Jadi siapa kata buku indie hanya untuk remaja? :)

Watak-watak dalam buku ni tak ada nama-nama pelik. Kaliq, Ashram, Atilia semua tarak. Tak ada cerita Samarinda. Tak perlu wajah tampan dan deskripsi Aaron Aziz. Cerita ini cynical tanpa perlu berpura baik atau mengeji. Aku rasa kalau didramakan buku ini mesti ramai yang buat andaian itu ini. Siapa pegang watak apa. Lagi-lagi watak utama buku ini iaitu Pauziah. Pauziah watak kegemaran aku. Jahat, tapi bagus jahatnya. Jahat yang sampai aku benci, kagum, hina dan nak menangis fikirkannya. Aaaahhh...kalau aku cerita nanti korang tak baca. Bacalah. Jumpa Pauziah. Engkorang akan faham perasaannya :)

Aku juga suka dengan cerita agama dalam buku ini. Mungkin aku dah biasa baca buku Hlovate, di mana agama itu baik-baik saja. Azwar Kamaruzaman pula bawa aku ke sudut yang lain, yang aku pernah tengok tapi tak dapat gambarkan. Dia gambarkan dengan baik dan walau sensitif, masih ada tertibnya.

Cuma ada penutup yg buat aku sedikit kecewa. Terlalu dramatik sampai aku rasa kurang aura positif dalam watak yg aku letakkan sbg pendorong cerita. Kadang-kadang dalam gelap kena ada sedikit cahaya. Waima dalam kubur kan? Mungkin itu yang penulis patut fikirkan.

Apapun...tahniah! Percubaan pertama yg daring tapi bermutu. Paling penting, kondom dlm cerita ini ada pengajarannya. Bukan sekadar bercerita kondom strawberry ;)

Should you buy the book?

Aye aye! You should. Please. Dunia dalam persepsi gelap ada masanya buka mata kita. 4 bintang ikhlas dari aku di Goodreads. Tahniah Lejen Press, tahniah penulis. Tahniah untuk pembaca berani :)

Wednesday, April 03, 2013

and the winner goes to...

And the winner goes to.... @cheryna27 ! :)


"Books have a unique way of stopping time in a particular moment and saying : Let's not forget this."

Let's not forget this:

The date when I won the contests by Buku Fixi.

It has been a great pleasure to receive the books this afternoon. I went and picked them up personally from the mailing room as I could not wait for it to be delivered. Frankly, I was too excited when I received it until I ripped the plastic in the elevator which was full of people. One of them was my Chief :)

The books were in excellent condition. As I stopped blinking at the first sight of the books, I just could not mentioned any words. Purple was indeed my favourite colour, KLCC was The Building for me and asrama was my past. The books were awfully beautiful!!!

For the past few years of reading Fixi and owning the books, I could say that Fixi has evolved a lot in terms of providing good materials. I believe I won't be disappointed with the content of these two books...yet it was too early to say things.

Let's feast our eyes on this. Dari mata jatuh ke hati? I hope so.

For those who are planning/not planning to buy these books, let's visit Fixi's website- who knows you would want to join the club of owners (click here)

Thanks again, Fixi. I appreciate this opportunity of winning and wishing for more chances to come :)

Cheers,
cHisHa cHeRyNa PiReS
-grinning the whole day-

Sunday, March 24, 2013

kopi - antologi cerpen - fixi (part 1)


Tajuk: Kopi
Editor: 
Amir Muhammad
Penerbit: Fixi
177 muka surat

Sinopsis:


Mungkin betul kata Fixi, ramai yang meroyan nakkan Kopi selepas 1,500 naskhah dah laris dijual. Aku mungkin salah seorang darinya. Tapi nak kata sampai meroyan tu tipulah. Selalunya aku ada cara nak dapatkan apa yang aku nak. Selalunya juga aku sendiri tahu bila dan bagaimana nak berpuas hati. 

Bagi seorang bookaholic, tak ada apa yang lebih membanggakan bila koleksi buku sendiri adalah lain dari yang lain. Ada masanya, memang menyampah dan meluat juga bila koleksi buku orang lebih baik dari kita. Tak payah cakap banyaklah. Kalau rumah orang tu besar, boleh buat library sendiri, lepas tu dia tangkap gambar dan tayang dalam FB, Twitter atau Instagram, kita boleh jadi cemburu gila.

Aku faham perasaan itu. Perasaan bila melihat pemilik-pemilik Kopi menayangkan buku kesayangan mereka. Perasaan bila kopi dibida sampai RM500 semata-mata kerana buku ni tak akan dicetak dan dijual lagi. Sebab itu bila keluar Bola dan KLCC, orang jadi gila nak membeli. Tahniah aku ucapkan pada Fixi kerana berjaya mewujudkan persekitaran sebegitu dikalangan pembaca buku tegar. (sampai bila orang kita sibuk berebut tiket konsert. Berebut buku apa salahnya kan?)

Kan aku dah cakap, aku tak ada koleksi Kopi?

Aye aye...aku tak ada koleksi ni. Tapi waktu aku mengenali Fixi, aku dah baca dulu buku ni. Adalah seseorang itu yang punya. Puncanya bila salah seorang follower blog ini diangkat jadi penulis Kopi. Ada yang memberitahu. Ada yang suruh aku usha jalan ceritanya. 

Aku baca sebab ingin tahu. Lagipun orang tu kata, ini berkaitan Kopi - mestilah baca sebab aku kan kaki teguk kopi. Tak dilupakan aku ni dulu bekas barista, jadi pada aku, saranan membaca Kopi sebenarnya menunjukkan orang itu cukup kenal dengan aku dan minat aku.

Tapi biasalah, baca gitu-gitu tak sama dengan baca betul-betul. Agak lama aku ambil masa nak menulis review ni sebenarnya. Sebabnya waktu aku pulangkan Kopi masa baca kali pertama, aku tak sempat buat review. Kali ini, Alhamdulillah, aku sempat. Pinjam buku orang lagi lah. Cuma kali ni aku dapat pinjam lama sikit dari biasa. Berkat kesabaran dan perasaan memahami seseorang, buku Kopi ni aku baca di mana-mana (kebanyakannya di tempat-tempat ada kopi). 

Akhirnya, aye aye...akhirnya...review ini keluar juga :)

Macam biasa, review bermula dengan kulit luaran. Aku ni sebenarnya memang suka sangat-sangat dengan cover buku-buku Fixi ni. Simple dan direct to the point. Kalau kau tengok cover je, kau dah boleh faham apa yang sebenarnya penulis nak bagi tahu. Contoh macam bila kau baca Kelabu. Tengok cover, kalau tenung lama-lama mungkin dah boleh singkap cerita. Ataupun gerak hati bila dah baca buku setengah akan buat kau tiba-tiba tutup buku dan pandang kulit buku buat seketika.

Samalah macam Kopi. Simple dan tak perlu lebih-lebih. Tak malu nak dibawa ke stesen komuter, naik LRT, naik bas Rapid KL mahupun Metro dan tak perlu nak segan silu bila rasa nak baca di Roti Canai Valentine's mahupun di Dome. Dalam gambar aku ni, aku bawa buku ni ke Ben's, salah satu tempat untuk fine dining dalam KLCC.

Ketebalan buku ni pun sedang elok. Selain dari cover yang tak over, buku ni juga kecil dan senang nak dibawa kemana-mana. Walaupun kecil, font size masih terpelihara. Sebagai sebuah buku koleksi, buku ini sangatlah cantik dan teliti. Setiap muka surat ada border, setiap cerita ada gambar, dan ada quote. Itu sebabnya ramai yang gila nak cari buku ni semula. Tak menghairankan.

Seterusnya, aku nak komen setiap cerita yang aku baca dalam antologi cerpen Kopi ni. Sabarlah ye, mungkin entry ini akan panjang berjela. Ini log aku sebagai pembaca Kopi, jadi mestilah buat betul-betul kan :)

1. Kopi 3 Rasa - Shaz Johar
Apa lagi nak cakap pasal Shaz Johar. Pada aku tulisan dia sentiasa ada emosi. Sepanjang membaca cerpen ni sentiasa bayangkan  macam mana Shaz Johar ni memimikkan setiap watak. Ada masanya aku tertanya sama ada dia berinspirasikan mana-mana drama Samarinda waktu menulis Kopi 3 Rasa. Entah kenapa aku bayangkan Liyana Jasmay, Azizah Mahzan dan Zaidi Omar. Lepas tu aku bayangkan Ifa Raziah dan Effa Owana juga. Eh, apa kena mengena Effa Owana kan? Haaaa...pergilah cari buku ni dan baca. Sejujurnya kalau korang jenis lampi (lambat pickup) mungkin korang ada masalah nak faham cerita ini. Tapi rasanya...aye, rasanya, aku faham. Pendapat aku? Cerpen ni ekstrem nak dibayangkan dengan otak yang tak mental (ye, Mental juga adalah buku Shaz Johar ye kawan-kawan).

2. Bersaksi Kopi - Dayang Noor
Matang. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku waktu aku habiskan helaian terakhir cerpen ni. Entah kenapa sebelum aku bertemu empat mata dengan Dayang Noor waktu launch KL Noir : Red yang lepas, aku dah macam boleh bayangkan rupa dia melalui Bersaksi Kopi ni. Aku bayangkan wanita yang bijak, simple, lucu dan tegas. Manis dan ada kecantikan tersendiri. Sekali sekala aku terasa macam baca novel Aisya Sofea (mungkin sebab ini cerpen narrative) . Ada masa aku bayangkan Aaron Aziz (serius!). Aku harus akui, cerpen ini yang buatkan aku jadi addict dengan hasil kerja Dayang Noor yang lain macam Jerat dan Hilang. Selalunya hasil tulisan Dayang Noor ni ada homework walaupun scenery yang biasa-biasa. Itu aku suka. Rugi korang tak baca :)

3. Kopi Kola - Nadia Khan
Nadia Khan. Dia lagi? Aye. Dialah. Waktu aku sibuk nak belajar-belajar buku indie, inilah salah satu daya penarik. Dengan Nadia Khan aku jadi muda 10 tahun. Walaupun ada ciri sweet dan kebudak-budakan, tapi aku masih dapat bayangkan kelincahan dan kekuatan dalam tulisan dia. Kalau tak, masakan ramai gadis diluar sana yang jadikan Kopi Kola ni cerita mereka sendiri. Aku pernah terbaca Kopi Teh lah, Kopi dan Frappu lah. Tapi pada aku, semua yang cuba ikut cara Kopi Kola ni umpama Barry Trotter nak ikut Harry Potter. Kopi Kola ada pengisian. Bila aku baca, aku terbayangkan Sharifah Amani dan Sofi Jikan. Comel tapi masing-masing ada kekuatan. Dan aye...aku rindu zaman main galah panjang bila baca cerpen ni.

4. Kopi, Donat dan Bayang Gadis Berambut Hijau - Adib Zaini
Disebabkan aku pernah tengok rupa Adib Zaini ni macam mana, jadi tak adil kalau aku katakan sepanjang aku baca cerita ni aku ingat muka dia. Macam mana korang nak bayangkan rupa dia kan? Satu je komen aku, bila korang baca cerita ni, korang boleh gabung semua benda dalam tajuk tu jadi cerita. Kalau korang pernah tengok Joe's Apartment, mungkin korang boleh bayangkan scene cerita ni. Lepas tu korang bayangkan muka Sharnaaz Ahmad tak cukur jambang macam mana. There you go, korang boleh bayangkan hampir 70% cerita ni lepas tu. Cuma satu jelah, bila baca karya Adib Zaini, memang urban contemporary. Rasanya lidah Sharnaaz Ahmad tak berapa lantas nak baca dialog cerita ni sebab ini bukan dialog mat rempit atau budak Juvana. Ya, watak dalam cerita ni umpama Ryan Phillipe dalam Antitrust. 

Tapi nak lebih tepat, kalau korang kaki CSI, bayangkan Adam Ross dalam CSI New York, waktu diorang ada penjahat yang pakai avatar berambut hijau. Well, aku rasa aku ada masalah gabungan watak bila aku baca cerpen ni. Apapun, cerpen ni bagus...kalau baca betul-betul, mesej ringkas ni patut dibaca oleh ramai adik-adik di luar sana :)

4. Cinta Kopi - Gina Yap Lai Yoong
Dalam semua cerita dalam antologi cerpen ni, cerita ni yang paling dekat dengan aku. Mungkin sebab ada Starbucks, ada Kajang, ada watak Elena yang jadi barista, dan ada watak orang bawak laptop. Semuanya dekat dengan aku - something yang aku dah biasa jadi aku sangat-sangat senang baca cerpen ni. Aku rasa ini cerpen yang paling selesa untuk aku. Kali ni aku langsung tak bayangkan pelakon mana-mana tapi bayangkan diri sendiri jadi Elena (walaupun aku tak cantik macam Siti Saleha). Bayangan taklah banyak sangat bila baca cerita ni tapi lebih kepada imbauan kisah diri sendiri. Mungkin sebab itu, aku jadi agak kritikal dengan elemen-elemen research dalam cerita ni. Semuanya boleh terjadi dalam buku, tapi pada aku alangkah eloknya kalau ada sikiiiiiiiiiiiiiit lagi research pasal barista Starbucks dalam cerita ni. Mesti perfect!  Apapun pada aku, cerita ni sarat dengan pengajaran. Memang ada realiti di sebalik cerita-cerita yang sikit-sikit macam mistik ni :)

5. Luwak dan Kretek
Tulisan Ridhwan Saidi ni memang boleh buat orang tergelak, atau jadi takut. Sambil-sambil baca pasal Luwak, aku pintal misai sendiri. Betul, orang yang tak pernah tengok perempuan bermisai atau tak pernah tengok aku, mungkin akan ada masalah gambaran di sini. Macam Cinta Kopi, ini adalah scene yang terlalu familiar bagi aku. Bezanya waktu aku nak beli buku Fixi dekat pesta buku, aku nampak Amir Muhammad dan dia tak ada rupa macam musang. So, boleh korang bayangkan apa sebenarnya cerita ni? Jangan bayangkan. Kena baca. Sebab kalau korang jenis yang "read between the lines" mungkin akan nampak sindiran yang halus dalam cerita ni. Of course, imaginasi tak perlu terlalu kuat atau lemah. Sama ada korang bayangkan Little Red Riding Hood ataupun maskot dalam funfair, itu terpulang. Yang bagusnya, ilmu dalam cerita ni disampaikan dengan santai dan secara tak langusung. Apa itu luwak? Hah. Belajarlah. Aku suka :)

6. Kopi Percik - Amal Hamsan
Aku tak berapa familiar dengan Amal Hamsan, tapi aku suka cara dia buat otak aku serabut bila baca cerita ni. Cerita simple. Tapi mungkin Komuter UKM juga adalah familiar bagi aku, aku lebih fokus pada jalan cerita. Pada aku, kalau watak ni ada Twitter, ramai orang akan unfollow saja. Mulanya agak menyampah sebab aku rasa macam watak ni kuat merungut, tapi lepas baca habis rasa macam terpaku. Aku suka sebab aku rasa penulis tulis sesuatu yang dekat dengan diri dia, tak terlalu fikirkan idea-idea besar, tapi dapat menyentuh hati aku yang selalunya keras macam titanium ni. Eceeehh...
  
7. Kau Kopikoku - Dheepan Pranthaman
Indahnya satu-satu bahasa tu, kita masih akan dapat tangkap budaya bangsa penulis. Aku tak tahulah sama ada betul tekaan aku yang si Dheepan ni seorang India atau barangkali dia seorang yang pandai mengolah budaya India, tapi penghayatan dia dalam cerpen ni banyak unsur dalam drama Tamil dan Hindi. Ada suka dan kecewa. Aku bayangkan kalau cerpen ni jadi iklan Petronas, mesti best. Cerita ni mengingatkan aku yang aku masih warga Malaysia. Tak begitu terbeban dengan konsep multiracial tapi ada emosi berbeza yang disampaikan. Aku boleh bayangkan zaman kanak-kanak aku, waktu gula-gula Kopiko mula keluar sambil teringat cerita-cerita lama. Ini yang aku suka, simple ideas, ayat ringkas, scene yang familiar tapi masih think outside the box. Tak perlu kopi mahal, rare atau kopi dalam bentuk minuman. Ini cerita gula-gula. Tak cliche macam ending cerita Tamil dan Hindi, semuanya macam tak disangka. Ini pun aku suka :)

8. Kopi Jantan Kaw - Nik Adam Ahmad
Cerita yang paling sempoi tak semestinya cerita yang paling tak best kan? Ini cerita biasa tapi paling menarik perhatian aku. Aku suka benda-benda harian dan cliche ni sebenarnya. Tapi cara memainkan emosi pembaca itu penting. Benda biasa bukan tak boleh buat pembaca berfikir. Pada aku, cerita ni pasal persepsi dan keyakinan diri. Benda yang kita fikir betul-betul terjadi, memang boleh jadi. Benda yang kita fikir boleh work out, memang kita rasa macam work out. Macam kopi. Aku rasa ini cerita yang aku boleh bayangkan Rashidi Ishak dan juga apek flasher yang aku jumpa saban hari (kencing bogel depan aku), boleh jadi babak drama tapi tetap best. Ini penulisan minimalist bagi aku :)

9. Chethu - Nabila Najwa
Fuuuuhhh...ini cerpen yang aku ambil masa nak hadam! Tapi aku suka bahasanya. Aku suka scene dia yang detail dan menarik, yang tak familiar tapi buat aku belajar darinya. Aku suka kenakalan yang dibayangkan dengan bahasa yang mungkin kalau orang lain guna, kurang sopan. Kadang aku fikirkan watak-watak ni lebih elok ke Bali dari Yogyakarta. Banyak "what-if"  dalam cerita ni. Macam Kau Kopikoku, idea cerita ni lain dari yang lain. Hampas kopi yang tak ada orang yang fikir nak buat cerita, boleh bikin aku fikir macam-macam bila sekali dijadikan cerpen. Tapi kalau Nabila Najwa buat buku, aku rasa berabad jugaklah aku nak habiskan buku dia. Tulisan dia agak lari dari konsep buku Fixi yang biasa, yang lebih santai. Tapi tak salah belajar benda yang baru. Kan?

Alright. Memang panjang dah rasanya tulisan aku pasal Kopi. Ada lagi cerpen lain. Ada lagi banyak benda yang boleh dibaca pasal Kopi. Suka dan tak suka (hah? tak suka pun ada?).

Kita sambung part 2 nanti :)

Saturday, March 23, 2013

#kopi #bola #klcc #asrama

#kopi and #bola
Thank you for those who were still visiting this blog even though the host was not around for a while. Frankly, updating blog was not as easy as few years back. Sometimes I even wondered whether I should still keep the the blog or just left it.

As we grew older, our commitment changed. We needed simpler and faster way to communicate, let alone live in the easiest way. Robots were created to replace most of our daily chores - some performed more than our physical ability yet some people were still craving for human touch.

Well, I would say I needed a simpler tool to blog. I knew for a fact that I could use my phone - well, I have two phones in fact, which people categorized as smart.

But as a traveler, and as a human, I needed something sustainable. A longer battery endurance, a keyboard to feel the emotion while writing and the ability to correct whichever things that I wrote the moment I reread my posts and despised it. Well, I have not found that one specific thing yet. So blogging was at times, left out from my daily routine.

Some people thought that I preferred twitting than blogging. Well, let me say this out loud:
Y.O.U were W.R.O.N.G.

If you have met me, then you would know about how talkative I could be. I loved talking - it was not really a good trait yet I loved words. Twitting was not really making me happy in expressing - some people thought whatever I wrote was serious when it was not. Besides, the mentality was different. In Twitter, less people care about your grammar or spelling. I have been acknowledged as someone who made less mistakes yet I did and I just laughed it off, knowing that friends were friends, some of them really loved to tease.

Once, I had mentioned "...angkat hari tengah..." instead of "angkat jari tengah" - I have been a laughingstock for the whole day. I laughed. I made jokes about myself in the end. Well, I made mistakes so why should I just admitted that I made one and just tried to be careful in the next few weeks (or even purposely make mistake for another round of jokes).

But there were tweets which made me extra careful. Those were the tweets to @BukuFixi few days back :

Read from the bottom!!!

So, that fifth winner was me. Aye aye! That was me. I finally managed to get the book that I wanted for free just by twitting a picture of the books. So, that was it. I won KLCC ! This book was very meaningful book for me because:
  • I love books - well, you could tell that I was a bookaholic.
  • Fixi - well, let's just say that they managed to make me obsessed with their books. #UltrasDayangNoor
  • Limited Edition - As much as I craved for Pandora bracelets and trying to catch up with the limited edition charms, this was one of the things which needed limited edition attention!
  • KLCC - aaaahhhh...I stepped into this building like...everyday? Whenever I looked at it I felt the love. 
  • Purple! - good gracious Fixi. Just look at what they were doing to this purplelicious lady :P
There would be another post about this book - insyaAllah. Perhaps later :) 

And then...there was another contest the next day. Guess what? I participated in that one too. Hehe :)


These were my attempts in winning the book (and it was fun!!!):


Well, I looked very ambitious didn't I? And this was the result:


Which one was the winning tweet? Well, you could visit BukuFixi's blog by clicking the link :)

There was only one reason for being overexcited in winning Asrama, the novel written by Muhammad Fatrim. I was a hostelite! Personally, this was something that I have been looking for ever since Budak Setan  and my asrama days (which was like 10 years ago?!) :)

My point in this posting (besides telling you that I won two books from Fixi, of course) was that there were tweets that you wrote with leisure or without serious thinking. As stupid as it sounded, it would not bring any return to you in the end. But we would never know. The last time I had gently told someone that karipap was not amusing, I have been mentioned (without mentioning my tweet-handle) as makcik or orang tua.

I was not saying that my tweet-handle was the cleanest, heaven knew that I have been balder dashing people as well as making stupid jokes on serious things. Perhaps that made the contest challenging as I had to wait. Frankly I won the contest in the bus while traveling back from work. The journey from Kuala Lumpur to Seremban was filled with attempts. Luckily it paid off.

Perhaps, I should be concentrating on these types of tweets later on?

Maybe. Maybe not. Sometimes emotional banter just won it all. And that, ladies and gentlemen, made me missed blogging so much. 

Saturday, March 02, 2013

bottom of the table

My belongings. Sehati Sejiwa!!!
“You're reaching out 
And no one hears you cry
You're freaking out again
'Cause all your fears 
Remind you another dream has come undone 
You feel so small and lost like you're the only one 
You wanna scream 'cause you're 
Desperate 
You want somebody, just anybody 
To lay their hands on your soul tonight 
You want a reason to keep believin' 
That someday you're gonna see the light 
You're in the dark 
There's no one left to call 
And sleep's your only friend 
Well even sleep 
Can't hide you from all those tears 
And all the pain and all the days 
You wasted pushin' them away 
It's your life, it's time you face it ” 
- David Archuleta, Desperate


8 games played. No win. 5 draw. 3 losses.

Still, I am here to be with Cinta. I don't care bout the number of times we did not win. I don't care if we are a draw specialist. All I know is that if you are passionate about something, you better show it in action. There is no point barking in Twitter, following football fans page and sigh like a mad man when the team is not showing the result that you want.
  
We are at the bottom of the table.
But why should I bother? 

The reason why I called football as Cinta is very simple. When we love someone, we make sure that we stay with that person for better or worse, just like All 4 One's song back in 90s - I Swear. We ensure that the love will be equally given (perhaps will be given more) when the hard time comes, when the lost is apparent or even when there is nothing more that the other half has got to give.

That is our Cinta towards a person.
This is my Cinta towards the game.

I wish that I can love other things that you love. I wish that I can show off the materials that you are proud of. I wish I can talk about the things that you want you hear. But above all, the only thing that matter is for me to be me.

Let me stay loyal.

If you can't accept the pain of being at the bottom like I do, just go. I wish you all the best in getting the love that you want where there is no trouble, everything lies in a pool of sweetness and lollipops and rainbow Lola cakes or even a durian crepe :)

Go ahead and love one man, I don't care.
I have space for eleven.

Sehati sejiwa!

Love,
cHiSHa cHeRyNa PiReS
26022013
chanting at STAR of Paroi, Seremban N9

Friday, March 01, 2013

KL Noir: RED - Fixi Novo

This is officially mine!!! :D
Adibah Amin. I have always been her fan. 

Since I read As I Was Passing several years ago, I was very determine that there would be more Malaysians writing in English. No offense, folks, Malay was in the blood and still is. The native language would never be pushed aside; yet knowing that more Malaysians are learning and writing in foreign languages was one of the wishes that I had back then. 

Personally, I had regrets. I took for granted the opportunities to learn foreign languages. There were Arabic, French and Mandarin classes at the boarding school where I was studying but I was too frisky at that time to realise that attending classes was one of the key to success. My friends who were determine students managed to put that skill in their resume as a plus point for language skills.

On the other hand, I was too embarrassed to mention that I knew the word, "Oui."

Ever since I read Adibah Amin's books, I realised that there must be more people out there who could write as good as she was. Lydia Teh, for example, had a remarkable "Honk If You Are A Malaysian" on my shelve. I believe several English books from Malaysia have been bought, borrowed and read since Adibah Amin. My dream of Malaysian's touch via foreign language books was getting clearer. 

Last night, one my dreams came true. Another book from Fixi was launched at Kinokuniya KLCC with a great success. Actually, I have been waiting for this day for ages! Ever since Fixi tweet about KL Noir, the other tweets from Fixi had my top notch priority. I scrolled my timeline like a mad woman. The title itself was making me ecstatic and impatient. KL. Kuala Lumpur. Noir. There was a French influence in there (check out Pires as the second name to Cheryna!). It sounded so classy, I just could not kept my mind off it for quite sometime.

My followers in Twitter might have been bored with my retweets on KL Noir. It was just a book! Nope. It was not just a book, you bloody people. It was a sign. An example. An argument. A sense of pride somewhere. Fixi - regardless their efforts in providing more reading materials for the youngsters or elderly like me; have been criticized as not being responsible towards the language. I have always thought that KL  Noir: Red was launched at the right time, the right place and the right price.

Perhaps it was the enthusiasm which made me chose red and black for my attire to the event. The so-called theme for "noir".

I knew that there would be no one to accompany me to the book event on a working day. Yet, the selection of Kinokuniya as the location for the event was a blessing. Since I could reach KLCC within few minutes, I was such a good girl at work. I had never worked with such speed and accuracy before. I knew that if I was good, I would be able to get off early from the office and participate.

Aye, leaving the office was considered a success but the failure to reach early came from the distraction of lipsticks in Sephora. I had never realised that checking out make ups would make me late for a book event. Perhaps Sephora and Kinokuniya should have their premises side by side (such a lame excuse, aye?!)

When I reached Kinokuniya, Eeleen Lee was reading her bits. I found the reading as somewhat amusing. Unlike the other book events that I have attended prior to this, I have never seen such passion. Each writers were reading part of their story with full of expression. Take Shivani Sivagurunathan, Marc De Faoite and the remarkable Brian Gomez for instance. I had fun!

The crowd was awesome too. Aye, even though the event was held at Kinokuniya which was technically a peaceful bookstore, there was laughter and a very good control of crowd by Amir Muhammad. Kudos to him for being lively and engaged throughout the whole event. The atmosphere was good.

Perhaps you would still be wondering about KL Noir and its content. This was coming from Fixi's page:

Shaz Johar reading his part of the book
KL NOIR: Red is the first of 4 volumes about the Malaysian capital city’s dark side. There are 14 short stories and one essay about the seedy, the sinister and sometimes the spooky. You will find murder, drug-dealing, kidnapping, sexual depravity, prostitution, celebrity secrets, suicides, academic rivalry, gangsters, police brutality, cannibalism, black magic, creepy rituals, political corruption and even busking. It’s all totally fictional. Well, maybe the cannibalism is. 

 Line-Up:
INTRO / Amir Muhammad (Read it here)
THE RUNNER / Adib Zaini
RUKUN TETANGGA / Preeta Samarasan
MAMAK MURDER MYSTERY / Marc de Faoite (Read the full story here).
ASIAN ANGEL / Shaz Johar
A GIFT OF FLOWERS / Shih-Li Kow
KISS FROM A ROSE / Fadzlishah Johanabas
AFTER DARK, MY LOVE / Dina Zaman
THE ORACLE OF TRUTH / Eeleen Lee
CHASING BUTTERFLIES IN THE NIGHT / Kris Williamson
THE DUALIST / Shivani Sivagurunathan
VANISHED / Khairulnizam Bakeri
CANNIBAL VS. AH LONG / Megat Ishak
THE MACHETE AND ME / Dayang Noor
THE UNBELIEVER / Amir Hafizi MUD / Brian Gomez BIOS

 Editor: Amir Muhammad
 ISBN: 9789670374239 276 pages / RM19.90

How about autographs? Well, I definitely got some from Adib Zaini (such a shy guy), Marc de Faoite (the Irish who knew Seremban!), Shaz Johar (who commented that we have the same name), Eeleen Lee (she wore purple yesterday so she was great), Kris Williamson (I regret that I was not having his Son Complex with me), Khairulnizam Bakeri (well, a famous guy would not need an introduction),  Dayang Noor (my idol in writing - Malay or English. She was my new follower on Twitter! Hahaha..such an honour!) and the unforgettable Brian Gomez whom I informed about The Devil's Place which was being given to Buku Jalanan Seremban :)

It was a bit rushy in the end with Kinokuniya appeared a bit unprepared with the purchase of the books. I was lucky enough to get my copy since the awesome crowd seem to grab books faster than I did. Perhaps that would be their areas of improvemen. Yet I was keeping a hope that the next KL Noirs would be launched there too.

There was no other proud moment yesterday besides having KL Noir : Red in my red handbag. It would be too early to say good or bad about the book. Yet the knowledge of Malaysian publishers are producing English books with Malaysian books have never been so delighting.

Good job Fixi! I am looking forward to post the review soon :D

Wednesday, February 27, 2013

bukan perempuan sundal - syahid - dubook

Tajuk: Bukan Perempuan Sundal


Sinopsis: 


Pesta Buku 1 Malaysia.

Aku memang berhasrat nak pergi ke Pesta Buku 1 Malaysia tempoh hari untuk dapatkan buku yang ditulis oleh penulis-penulis dari Malaysia. Ada beberapa buku yang memang dah masuk dalam list aku dan aku tahu apa yang aku nak.

Pertama sekali, aku nakkan buku-buku yang dikeluarkan oleh Terfaktab Media. Waktu tu mereka baru launch buku baru. Hasil dari risikan yang aku buat melalui Twitter, page dan FB page diorang, aku tahu yang aku perlu keluarkan sekurang-kurangnya RM40. Dalam RM20 aku simpan untuk satu buku yang aku target keluaran Dubook Press dan 3 buku berharga RM50 dari Lejen Press dan Fixi.

Bajet aku waktu tu dalam RM100; tapi kalau nak terlebih pun biarlah dalam RM10 paling banyak - taklah semput aku nak bayar macam masa aku over terbelanja dekat Big Bad Wolf tempoh hari. Tapi aku positif yang aku dah tak perlukan benda-benda lain selain dari apa yang aku hajati.

Salah. Aku salah.

Pada hari Buku Jalanan Seremban tak dapat buat event dekat Dataran Seremban dan akhirnya buat event dekat Bazaar, aku balik lambat dari kerja. So, #SedarRuang yang mereka dah canangkan seminggu sebelum tu tak dapat aku hadiri. Agak frust jugak lah, sebab aku jarang tak datang kat Buku Jalanan Seremban. Kalau nak tahu, aku antara manusia yang paling suka tengok orang berpuisi dari zaman dekat SBP lagi. Semua malam puisi aku datang tapi aku jadi penonton paling bisu, tak ada perasaan dan bermuka sinis bila perlu. Dengar, tengok...boleh. Sendiri baca puisi? Robot tak baca puisi untuk pengetahuan korang.

Yang aku kesalkan masa event tu ialah sebab aku tak dapat nak rebut buku Nami yang baru, Diorama Eksisten. Sayangnya aku tak sempat - aku balik kerja lewat malam.

Cuma yang aku cukup berkenan malam tu ialah tweethandle bernama @syahid yang reply pasal buku-buku yang nak dijual di event tu. Cepat betul dia reply. Bagus pulak replynya. Aku syak waktu tu dia ni mesti penjual buku untuk Terfaktab. "Ejen agaknya dia ni," kata hati aku. Ke setan yang kata, entahlah.

Seriously, aku tak kenal dia. Tapi aku risik juga tuan tweethandle yang baik hati tu. Waaahh...ramai juga followers. Bagus-bagus tweet nya. Jadi aku ambil keputusan follow dia di Twitter, bacalah apa yang patut bila dia tweet, ada yang buat aku gelak, ada yang buat aku cengil, macam-macam ada.

Malam tu, masa aku balik kerja, aku nampak tweet si @syahid ni pasal #BukanPerempuanSundal. Amboi, hashtag bukan main lagi. Aku nampak dia tukar avatar dia. Macam cover buku. Aku Google, aku usha hashtag tu dan aku baca tweets yang terdahulu. Ternganga aku sekejap. Laaah. Budak @syahid ni waghieh ghupo eh? Budak Negeri Sembilan. Dah tulis buku untuk Dubook Press?

Dalam kepala otak aku masa tu ada sedikit kebimbangan. Aku risau juga kalau @syahid ni macam budak-budak lain. Setakat ni tak banyak buku Dubook Press yang aku dah baca: Muslimeen United, Cerita  Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, dan Santun. Aku mungkin akan bias kalau cakap pasal buku Nami, maklumlah dia penyokong Liverpool dan buku tu adalah buku bola. Buku si Lucius pun pasal bola. Tapi, Santun dari Petak Daud pernah aku kritik dalam Twitter satu masa dulu. Mungkin satu hari aku boleh letakkan komen aku di sini, mungkin untuk penulisnya satu hari nanti.

Aku tak salahkan penulis-penulis Dubook. Selain buku Lucius, buku-buku yang lain agak nipis dan ada masanya plotnya terkejar-kejar padahal gaya bahasa penulis-penulis Dubook ni boleh tahan juga hebatnya. Mungkin ini yang buat aku berkira-kira, sama ada hendak atau tidak beli Bukan Perempuan Sundal. 

Tapi rasanya pagi tu mengubah pendirian aku. Aku tak habis-habis nampak si @syahid ni promo buku dia. Satu yang korang kena faham pasal aku. I love hardwork. I love determination. I love humbleness. Bila @syahid promo buku dia, aku jadi macam kagum pulak. Aku memang suka orang yang mencuba dan berusaha. 

Jadi aku check account balance dan setkan bajet baru. Aku fikir macam nilah. Setiap kali pergi book fest aku mesti pergi minum kopi. Maybe I should cut down my budget on the coffee especially on the expensive ones. Beli extra satu buku. Aku dah tengok harga, kalau harga biasa pun murah, takkanlah bila pesta buku harga dia melonjak naik pulak kan?

Jadi, sampai je kat PWTC, aku pun terus tengok direktori dan cari booth yang aku nak serbu. Bukanlah nak berlagak, tapi bookaholic yang suka pergi book fest ni akan serbu dulu baru beli. Dah dikaji, baru berbajet dan shopping. Kalau tidak, habis.

Tak susah nak mencari booth Dubook. Pada aku, selain cantik, ramai orang, ramai juga jurujual. Aku akan ceritakan kisah aku beli buku-buku Terfaktab tu kemudian nanti, tapi moh aku cerita pasal Bukan Perempuan Sundal dulu. Kalau ikutkan, buku Dubook semua murah-murah. Semua menggiurkan. Tapi, aku dah set target atas dasar kerja keras penulis, jadi aku terus tanya, "Bukan Perempuan Sundal ada?"

Bila aku ingat-ingat balik cara aku tanya tu entah apa-apa. Kalau orang yang kerek atau bukan bookaholic dengar, mesti diorang ingat aku cari anak dara sunti. Which will come to a point where the answer would be annoying. Tapi hari tu, minda aku terlebih fokus agaknya. So, I was straight to the point.

Aku tanya harga dan mereka jawan RM10.50. Aku nampak buku-buku lain tapi aku tutup mata. Aku kena ingat koleksi Unread dekat rumah. Aku harus fokus pada bajet yang ada. Setakat buku @syahid, langgar RM10 tolak bajet kopi, aku masih mampu :)

Tiba-tiba hati aku terdetik nak tengok si penulis. Entah macam mana mulut aku macam lancar bertanya, "Syahid ada tak?" sambil mata melilau cari yang mana satu. Bodohnya aku. Yang menoleh orang depan aku je. Aku jadi bangang dan blank sekejap. Terus aku suakan buku aku dan dengan straight forwardnya, "Boleh sign, dik?"

Kahkahkah. 

Aku memanglah kena panggil diorang ni adik. Aku kan dah tua. Rasanya kat booth buku-buku Indie ni, aku je yang 30 tahun ke atas. Yang lain semua budak-budak kolej. What did I expect? Ingat ni STAR of Paroi ke? Makcik-makcik masih tengok bola kendong anak, tating sana sini?

Tak taulah si @syahid ni nervous ke, terkejut ke, apa ke, tapi dia diam je sign buku aku. Aku berikan nama aku dan tadaaaaa....korang nampak kan hasil signature penulis yang aku baru nak kenal hasil penulisannya ni? Di kala prestasi Negeri Sembilan agak mundur, hati sedikit teusik dengan "Hobin Jang Hobin" tu. "Haaaii...pandai budak ni nak kasi orang baca buku dia," kata hati aku. This time, aku tak rasa setan kata apa-apa.

Aku tak ambil masa yang lama untuk baca buku Perempuan Sundal Malam. Satu hari, waktu susah nak melelapkan mata, aku baca buku ni. Sekejap, dalam setengah ke satu jam dah habis. Macam aku baca Santun dulu. Standard duration for Dubook books.

Tapi aku suka sebab dalam keghairahan aku mencari bahan bacaan yang ringan tapi ilmiah, aku kadang-kadang tak sedar yang aku terlalu selalu menolak bahasa yang memberatkan minda. Mungkin aku takut penangan novel-novel cinta yang adakalanya memualkan. Aku rimas dengan bahasa jiwang karat, jadi aku beralih pada buku-buku indie/alternatif selain membaca bahan bacaan Inggeris yang memang dah dipupuk dari kecil (sebenarnya bahan bacaan Melayu pun mak ayah ajar, tapi sejak banyak sangat novel cinta, aku seakan berhenti baca novel Melayu)..

Bunga bahasa Bukan Perempuan Sundal ni cantik. Tak kompleks untuk minda seorang wanita dewasa berumur 30 tahun membaca selepas penat seharian bekerja di pejabat dan mengembara sejauh 150 km sehari dari Seremban ke Kuala Lumpur dan pulang semula. Pada pukul 11:30 malam minda aku seharusnya dah letih, but surprisingly, tak lenguh pula baca buku si @syahid ni. Malahan, besok paginya dalam bas, aku tak tidur pun. Aku ulang baca.

Cerita pasal Nurul, watak utama dalam buku Bukan Perempuan Sundal ni cerita normal. Cuma ada masa, entah kenapa, aku rasa macam watak ini personal untuk si penulis. Entah kenapa aku rasa macam tu aku pun tak tahu. Mungkin mengetahui si penulis ni berasal dari kampung, dan kisah macam ni adalah kisah standard, ada masanya aku terfikir juga, "Syahid ni menulis, orang ni betul-betul wujud ke?"

Well, we can't help it, aren't we? 

Kadang-kadang bila satu-satu kisah tu melekat dalam minda dan hati kita, kita rasa dekat. Kita rasa macam kita pernah jumpa watak ni. Kita rasa mungkin di mana-mana, ada orang yang kita kenal ada kisah begitu. Entahlah. Dunia bookaholic memang aneh kan?

Lagi satu yang aku suka pasal buku ni, entah kenapa bila baca aku teringat kawasan kejiranan terdekat dengan rumah aku kat Seremban ni iaitu Taman AST. Tempat macam-macam cerita macam dalam buku ni juga. Setiap kali makan nasi lemak kari kaki ayam kat sana, cerita seakan-akan Bukan Perempuan Sundal ni  mesti ada. Itu yang bagus. Aku boleh bayangkan sceneries yang biasa-biasa bila aku membaca. Ini bukan nak scene berlatarbelakangkan kek pelangi dan pejabat korporat yang aku hadap hari-hari di ibu kota sepanjang berjam-jam bekerja. Sceneries dalam Bukan Perempuan Sundal scene biasa aku sebagai budak Seremban selepas penat seharian bekerja:)

Macam Santun, buku ni agak terkejar-kejar bila di garisan penamat. Aku pun hairan, dah dua buku Dubook aku baca, inilah areas of development diorang. Kadang aku rasa macam nak sangat tanya, "Abdul Dubook, korang ni setkan dateline ke kat penulis korang? Kenapa bila last-last macam diorang menggigil nak habiskan buku cepat?"

Sayang. Buku ni pandai membelai perasaan pembaca. Tapi kupasan pasal beberapa cerita tak berapa lengkap. Pada pendapat aku yang suka baca buku dan menulis, aku rasa macam ada limitasi. Masa dan jumlah muka surat mungkin? Entahlah. Mereka lebih tahu.

Ada satu watak bernama Capang yang aku nak kenali dalam buku ni tapi tak dapat. Sayang. Buku ni pandai mengajak aku berimaginasi sampai aku rasa macam aku boleh namakan pelakon-pelakon yang akan berlakon dalam Cerekarama. Tapi aku boleh bayangkan Capang sekejap saja. Tak sempat aku nak bayangkan kalau pilihan pelakon aku tu ada mirip wajah adik dia. Itu kekecewaan aku.

Bagi peminat watak antagonis macam aku, aku suka jika kejahatan dan balasan kejahatan tu diperincikan. Lebih menarik kalau watak antagonis ni kacak, sebab akan undang kebencian dan jiwa yang lebih dalam diri aku. Hehe. Itu mungkin Syahid kena fikirkan bila dia buat buku lagi nanti.

Tapi...tapi...tapi...setahu aku Bukan Perempuan Sundal ni karya tunggal @syahid setakat ni. Aku tau ada 2 cover, dan aku rasa aku nak juga cover yang lagi satu tu sebab cantik bangat warna merah dia. So, kalau aku dah cakap macam tu, aku sukalah buku ni maknanya. Pada aku menulis ni perlukan practise juga. Dan aku nampak humbleness si @syahid ni setiap kali tweet pasal buku dia. Masih bekerja keras mempromo dan memperbaiki. Rasanya, buku dia yang lain nanti mesti lagi best kot?

As far as my generalisation when it comes to Dubook Press' books, itu cuma telahan aku. Masih ada beberapa buku yang aku ingin baca dari mereka, macam Orang Hodoh Cantik dan Dari Tanjung Malim ke KLCC. Ada satu lagi buku Petak Daud yang perlu aku baca. So, kita tunggu lah next review aku nanti pergi macam mana.

Untuk @syahid, aku tahu dia boleh menulis. Kritikan aku dan pujian ni sekata je. Aku harap dia tak serik menulis dan tulis...tulis...tulislah lagi. Keep the humbleness, the hardwork and determination yang membuatkan pembaca tua macam aku melekat kepada buku. Itu harapan aku.

Should you buy the book?

Please! Macam review Kelabu yang aku buat hari tu, aku dah jelaskan kenapa aku memilih untuk membeli, begitu juga dengan Bukan Perempuan Sundal. Open your eyes to the truth. Ini cerita-cerita orang kita :)