Sunday, February 24, 2013

kelabu - nadia khan - fixi

Kelabu - Nadia Khan - Fixi
Tajuk: Kelabu

Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
456 muka surat

Sinopsis:
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang tengah tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana ada hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU."

Buku Melayu. Perlulah tulis ulasan berbahasa Melayu, ye dak? 

Eh, yeke? Frankly, if you know me better, you will know that I read and write in any languages I want. Aku tak pernah nak memperkecilkan Bahasa Melayu. Bapa aku sendiri seorang guru Bahasa Melayu. Aku sendiri score dalam subjek Bahasa Melayu dari sekolah tabika sampai ke universiti. Tapi, rasanya bila nak menulis review buku, walaupun Bahasa Melayu, aku tak akan tulis bahasa buku.

Wait, bahasa buku? Well...well...zaman sekarang kan dah ada buku alternatif. Dah ada buku indie. Dalam buku indie, atau buku alternatif bahasa bukunya bahasa santai. Bahasa mudah.

So, kita guna bahasa buku yang baru ni. Bahasa yang korang faham. 

Banyak jugalah kesalahan tatabahasa. Tapi apa salahnya? Kalau itu identiti dan hala tuju buku indie/alternatif ni, fahamilah dan sambutlah. Kalau nak jadi guru bahasa, carilah karya yang lain. Bukan semua buku macam Salina.

Sebab gaya penulisan Nadia Khan ni sebenarnya bukanlah mudah benar. Untuk mereka yang suka bahasa kiut-miut "iteeeew kamewww" mungkin gaya beliau masih lagi intelek dan berat. Tapi kalau korang dah biasa gunakan sesetengah perkataan tu, dalam Bahasa Melayu ke...English ke...mahupun bahasa pengantar biasa, korang akan rasa selesa dan jatuh suka.

Contohnya, diri aku sendiri. Aku seorang yang lebih banyak membaca bahan berbahasa Inggeris dari bahan berbahasa Melayu terutama sekali bila bekerja. Blog sendiri pun banyak artikel English kan? Aku sendiri pun kebanyakan masa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Tapi tak dapat dinafikan, bila lepak di mamak, atau berada dalam kelompok dimana ada keperluan membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa ibunda; lidah aku pantas menuturkan bahasa belacan, budu dan cincaluk ni. Tak ada nak kekok-kekok. Kesimpulannya, aku ni orangnya rojak juga. Pakai redah.

Pada aku, dari segi penggunaan bahasa, Kelabu memenuhi segala kehendak lahiriah aku. Bila, aku baca Kelabu, aku tak ada masalah. Macam mana aku bercakap, berdialog, berdiskusi, macam tulah penggunaan bahasa dalam Kelabu. Taklah sampah sangat sampai tak faham apa-apa dan taklah tinggi sangat kosa kata sampai perlu rujuk kamus. Semuanya au naturel untuk aku bila baca Kelabu.

Mungkin tak keterlaluan kalau aku memuji. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kelabu adalah antara yang terbaik dalam buku-buku Melayu yang pernah aku baca. Aku pernah mengamuk dan campak beberapa buku kerana penggunaan Bahasa Inggeris yang teruk dalam perbualan watak-watak. Kononnya anak Dato', kerja korporat, belajar di London tapi bila bercakap "bunyi" dalam buku entah apa-apa. Tak selari dengan identiti watak. Orang nak tulis dialog English, dia pun nak jugak. 

Alhamdulillah, korang takkan rasa macam tu bila baca Kelabu.

TAPI, kalau korang jenis yang langsung tak suka baca satu patah perkataan pun dalam Bahasa Inggeris, tak payahlah baca novel Kelabu ni. Pada aku, sungguhpun Nadia Khan ni mempunyai gaya bahasa yang mudah, fun dan tersusun, buku ini masih tidak sesuai dengan pejuang bahasa ibunda. 

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kelabu pun taklah melampau sangat tahap "kepasarannya". Bukan ayat murah-murah dan boleh diambil enteng. Kalau membaca, korang masih perlu sensitif dengan tujuan sebenar sesetengah ayat. Yang aku suka, Nadia Khan tak terlalu sibuk menggunakan perkataan-perkataan pelik seperti sesetengah penulis. Masih cuba mengajar sesuatu yang baru, tapi bukan menulis untuk berkata, "Hey korang, aku penulis, aku lebih pandai guna perkataan dari korang semua."

Aye...aye...Kelabu, dari segi gaya bahasa, ada tempat dalam hati aku.

Penceritaannya pun mudah. Tak perlu nak tulis setiap bab tu ada cerita lain-lain lepas tu nak gabung sana-sini tapi last-last karam entah ke mana. Bukan tak ada flashback atau bahagian halusinasi, angan-angan dan mimpi. Bukan juga tak wujud ironi kisah itu dan ini. Tapi pada aku hasil usaha Nadia Khan menulis Kelabu ni seakan effortless. Tak perlu nak cuba buat sesuatu yang terlebih gah tapi syok sendiri - beliau lebih kepada meletakkan flow cerita itu dari satu babak ke satu babak mengikut keadaan dan masa. Ini yang aku suka pasal Kelabu.

Selain dari gaya bahasa dan penceritaan, props, lokasi dan nama watak pun mudah. Aku suka bila penulis tak guna nama pelik-pelik dalam novel ni. Tengoklah, watak yang ada dalam Kelabu. Namanya Shah. Amir. Jun. Kan senang tu? Lokasi pun mudah. Dari sibuk membayangkan keindahan Bangsar kepada penduduk Tembangau yang lima tahun sekali ke Kuala Lumpur, Nadia Khan hanya meletakkan objek-objek mudah sebagai props cerita. Lampu, taman, bangunan. Mudah, ringkas, berimaginasi pada aku.

Lagi satu yang aku suka, walaupun buku ni agak urban kontemporari, tapi masih ada elemen Malaysia, Melayu, agama, suasana kampung, pekan dan bandar. Nampak cliche, tapi cliche kalau realistik dan ada sedikit sentuhan yang ada kelas, apa salahnya kan?

Cerita Kelabu ni sebenarnya pasal apa? 
Aku simpulkan dengan satu phrase je: Cinta LGBT.

So, apa pendapat aku pasal cerita ni?

Sebenarnya, jujur aku katakan idea dan jalan cerita dia biasa, normal dan boleh diagak (salahkan pembaca yang buat spoiler banyak sangat kat Twitter, blog dan FB). Cuma penyampaian Nadia Khan (macam yang aku ulaskan tadi) yang luar biasa. Mungkin juga kerana Nadia ni dulu student med, ada juga info-info yang buat aku belajar sesuatu yang baru. Mungkin juga gaya bahasa, contoh, props, dan segala apa yang aku katakan tadi selari dengan kehendak jalan cerita, jadi buku ini terus jadi luar biasa.

Lagi satu, macam yang aku katakan juga, spoiler dari peminat-peminat Kelabu ni banyak sangat. Sampaikan ada satu time tu bila aku nak baca buku ni, aku renung cover dan akhirnya nampak yang buku ni sebenarnya boleh di "judge by its cover". Disebabkan spoiler tu jugalah aku dengan mudahnya meneka jalan cerita menerusi penulisan Nadia Khan ni. Seorang perempuan nak jadi seorang lelaki - cara berfikir dan bertutur, walau sekadar watak dalam buku, dah boleh tau yang mana tulen dan palsu. Lagi-lagilah orang yang adik beradik semua lelaki, kaki bola macam aku :)

Itu sedikit kekecewaan dari aku. Kalau spoiler tak terlalu melampau membogelkan buku ni, aku rasa telahan aku boleh dibuat selepas aku selak dari helaian pertama...bukannya sebelum bukak buku :)

Sebenarnya asal aku baca Kelabu ni di Kinokuniya. Aku tak beli. Aku baca sedikit demi sedikit sampai habis. Yelah, office aku kat dekat dengan KLCC. Lepas tu aku tak ingat novel siapa, tapi aku pinjam. Itu kali kedua aku baca buku ni. Tapi baru ni aku buat keputusan untuk beli buku ni masa aku pergi Pesta Buku 1 Malaysia.

Kenapa lambat sangat aku beli buku ni sampai dah cetakan kelima? Ada orang kata aku ketinggalan zaman, maklumlah buku kepunyaan dia cetakan pertama. Ada orang kata aku kedekut beli buku Melayu. Ada orang kata aku tak suka buku alternatif.

Suka hati koranglah nak fikir apa. Sebab utama aku lambat beli buku ni, macam cerita ni juga. Ada benda yang kita tunggu bertahun-tahun untuk lihat dan kemudian sambut kan? (korang bacalah dulu buku ni, nanti korang akan faham maksud aku). Aku adalah pemerhati kepada perjalanan penerbit buku ni iaitu Fixi. Selain perhatikan Fixi, aku perhatikan juga penulis-penulis dan pembaca-pembacanya. Sebagai bookaholic yang banyak kali tertipu dengan buku-buku terdahulu, aku risik cukup-cukup dulu.

Pada aku, Kelabu memang buku yang paling top dekat Fixi. Sebab itu aku lambat beli. Aku nampak kisah-kisah yang tak berapa menyayat hati bila Kelabu ditulis di Twitter. "Buku ini macam kisah saya" lah, "Saya jatuh cinta dengan Amir" lah. Malahan pernah juga aku meluat dengan seorang penulis lain yang rasa dirinya macam watak dalam buku itu sampai kepoh di sana sini. Aye, aku akui Kelabu berjaya buat pembacanya emo dan terbawa-bawa. (termasuk aku ke? Hmmm...tercuit jugaklah kot)

Sebab itu aku tahan keinginan beli Kelabu, baca beberapa kali dan kemudian beli. Bila aku rasa pasti yang buku ni memang wajib dimiliki, baru aku beriya menapak ke PWTC itu hari. Lambat kan?

Memanglah. Aku hanya fikirkan satu je waktu tu. Aku taknak Kelabu ni jadi macam Ombak Rindu. Masa Ombak Rindu keluar, aku beli cetakan pertama hasil dari review orang lain. Tapi aku lupa, bila membaca citarasa kita tak sama. Indah si Izzah tu bagi orang lain, biasa aje bagi aku. Akhirnya aku jual buku Ombak Rindu cetakan pertama aku tanpa ada pun sendu (macam pantun kan ayat aku?)

Tapi nampaknya tidak. Kelabu bukan Ombak Rindu. Tahniah pada Nadia Khan kerana menggarapnya dengan baik sehingga seorang bookaholic yang cenderung pada penulisan Inggeris macam aku sanggup baca berulang kali di Kinokuniya, follow #KELABU di Twitter, pinjam buku orang...tapi akhirnya kalah dan beli juga buku ni. Tahniah juga Fixi kerana tawaran harga yang hebat masa aku ke Pesta Buku 1 Malaysia itu hari.

So perlukah korang beli Kelabu?

Aku tak pasti. Tapi aku dah beli. Dah baca entah berapa kali. Gaya bahasa, jalan cerita, penceritaan, harga, cover buku, dan mungkin juga spoiler-spoiler yang spoil betul tu akhirnya menjadikan aku pemilik buku ni. Ini buku kedua aku miliki selepas Cerpen Nadia Khan. Aku yakin, kalau dia tulis buku lagi, aku pasti akan beli lagi.

Harapan aku ialah supaya Fixi maintain harga buku diorang yang affordable ni di pasaran. Mungkin lepas ni, bila Nadia Khan menulis lagi, aku harap akan ada events yang menarik bakal menanti. Macam yang aku nak pergi 27hb kat Kinokuniya nanti. Akhir sekali, aku harap Fixi faham yang buku macam ni lah yang buka mata orang macam aku, bookaholic yang choosy untuk terus mengharapkan hasil-hasil terbaik buku Indie/alternatif. I had my disappointments, of course, but definitely not this one :)

Well, I have just wrote a book review didn't I?

Hahahahahahahaha...can't believe I did :P

2 comments:

Remy hazza said...

nice book cover... dunia kelabu......
tanpa warna yg menceriakannya....

Anonymous said...

poyooo la kauuu..kbye.