Tuesday, February 26, 2013

lelaki eksistensial - nami - lejen press

Sinopsis:
Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran.

Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan buku - Scented Pen Sdn Bhd. 

Bermula dari seorang penganggur yang hanya memiliki manuskrip novel, kemudian memikat hati Lin dan seterusnya menjadi senang lenang seperti hari ini.

Haila.

Kalau ikutkan hati, post untuk hari Selasa sepatutnya post pasal bola sepak. Aku dah scheduled dah pun post tu. Tapi Tuhan tu Maha Kaya kan. Di saat-saat fizikal aku cukup letih dan penat dengan kesibukan semasa, aku tak mampu nak berfikir untuk menulis sambungan cerita yang aku dah pernah letak dalam blog ni dulu. Di saat aku sepatutnya sibuk post pasal emosi aku tentang team bola sepak kesayangan, ada pulak buku lain yang akan jump que post aku yang selepas ni.

Hari ni aku nak cerita pasal buku dalam gambar ni. Sebenarnya...buku ni aku dah pernah cerita dalam blog ni dulu. Mungkin masa tu aku blogged in English agaknya, atau tak semua baca buku macam aku, agak hambar sambutan yang aku terima. Koman-koman pun orang tanya, "Minat membaca eh, Sha?" Takpun, "Sedapnya nampak ice-cream tu" tanpa memikirkan yang aku dah taip blog panjang-panjang nak kasi faham cerita aku.

Kali terakhir aku dan Nami (penulis buku Lelaki Eksistensial ni) lepak sama-sama, kami bercakap pasal perkara ni. Nami bagi tahu aku kenapa dia tak blogging lagi. Bila blogging dah tak ekslusif macam dulu, blogging macam dah tak seronok lagi, katanya.

Kalau ada pun blog dekat Tumblr. Bukan selalu. Bukan macam masa dia dengan Teh Tarik Gelas Besar dulu. Bukan macam masa dia Rokok Nan Sebatang. Aku percaya kalau ada lagi publisher yang nak ambil Nami menulis lagi (dan aku doakan), mesti dia akan tutup blog lagi lepas sign kontrak.

Itu closure Nami. Dari seorang blogger yang bermula lambat dari aku, tapi dah masuk Top 5 bestseller dekat Kinokuniya sana. Dari repekan di blog akhirnya dah dekat sepuluh (ke dah cukup sepuluh) buah buku dia dijual di sini sana. Dari seorang yang aku tak kenal, aku follow blog, gaduh di Twitter, kemudian jumpa di salah satu majlis buku. Akhirnya aku dah boleh duduk semeja dan cerita entah apa-apa.

Tulis blog, last-last jadi buku. 
Last-last jadi duit. Last-last jadi legasi.

Itu yang buat aku rasa kagum dengan Nami. Ramai lagi blogger macam Nami dah jadi penulis tapi berapa ramai blogger, kemudian writer yang boleh ubah pendirian aku pasal buku?

Aku ingat lagi masa aku beli buku ni. Aku tangkap gambar dan hantar pada Nami melalui Twitter. Aku rasa masa tu dia tak ambil pusing atau tak percaya yang aku ada buku dia. Sampailah masa aku jumpa dia kali pertama. Masa tu aku nak hantar dia ke Stesen Komuter Seremban. Sebelum turun, aku keluarkan buku ni dari dashboard dan aku hulurkan sebatang pen Stabilo berwarna ungu. Aku mahu autograph Nami.

"Eh, kau ada buku ni?" dia tanya dengan reaksi yang agak terkejut.

Aku tak hairan dia terkejut tu. Harus diingat bahawa aku dan Nami tak bermula dengan baik di Twitter. Walaupun kami sama-sama penyokong Liverpool, tapi ideologi kami tak selalunya sama. Nami sokong Selangor. Aku sokong Negeri Sembilan. Masih ada beza. Sampai sekarang pun Nami tak boleh faham macam mana aku, selaku penyokong Liverpool yang kipas susah nak mati, boleh minat Juventus dalam masa yang sama.

Kami banyak perbezaan dalam persamaan. Punca kami boleh duduk semeja ni pun asalnya dari perbalahan. Entah macam mana dia boleh tag sekali arwah awek dia dalam perbualan pasal pasukan kebangsaan Itali. Akhirnya dua orang perempuan bertegang urat jari menegakkan siapa lebih genuine bila minat Itali. Sampai dah tak ada arwah, sampai dah berbulan tak bercakap, lepas dah macam-macam jadi, barulah kami berbalas tweet macam biasa.

Akhirnya, barulah kami fikir nak jumpa. Nak lepak sama-sama.

Itupun masih ada jurang lagi. Aku bercerita pasal Maharaja Lawak, pasal benda-benda mainstream, pasal benda-benda yang Nami kata langsung tak sangka. Dia tanya, "Kau layan juga Maharaja Lawak? Aku ingat kau layan benda yang hip je."

Masa tu  aku aku tergelak besar. Aku kata kat Nami, "Aku layan semua benda. Semua orang aku kawan."

Memang aku macam tu. Tapi dulu aku lain. Dulu, walaupun aku kawan dengan semua orang, aku cukup degil dengan pendirian aku. Lagi-lagi pasal bola. Pasal benda-benda berkaitan hubungan, pasal darjat wanita. Aku feminist. Aye, aku memang mengaku tu. Sampai sekarang pun perangai aku masih macam tu tapi dah banyak lembutnya. Atau lebih tepat lagi, dah banyak rasionalnya.

******

Sebenarnya dari pemikiran yang rasionallah aku akhirnya beli Lelaki Eksistensial, buku Indie pertama aku. Buku-buku Fixi dah lama aku usha tapi hanya dibaca di kedai-kedai buku dan tak dibeli. Waktu tu, aku fikir, "Berbaloi ke?"

Aku mula rasional tentang buku indie selepas aku baik dari lelah. Selepas aku dah mula boleh memandang sesuatu dengan kurang fanatik. Selepas aku merengangkan urat-urat di leher membaca fahaman orang lain. Selepas aku turutkan mata yang sepet supaya tak terjegil dengan bahasa pasar yang mereka guna bila menulis.

Aku harus akui bahawa pada satu masa, bila bercakap pasal bidang penulisan, aku adalah seorang Grammar Nazi yang memualkan. Sampai tulisan sendiri pun aku kritik bila salah tatabahasa. Tapi aku belajar dari kisah antara aku dengan seorang penulis cerpen pendek dalam antologi. Aku perasan yang dia, dalam gaya seolah-olah rendah diri, masih lagi angkuh dan sombong dengan kebenaran ke atas diri dia. 

Kat situ aku dah mula nampak, yang aku perlu beri perhatian kepada penulis-penulis Indie. Ya, penulis antologi ni adalah orang yang paling aku tak minat dalam dunia penulisan Indie, tapi aku tahu dia sukakan perhatian. Aku perhati dia dah lama. Mulanya aku cuba analisis masalah aku dengan dia. Masalah dia tak boleh terima teguran dan jenis kepoh secara "unmention" di Twitter bila ditegur, bukan saja dengan aku malahan orang lain. Masalah bila terlalu banyak drama yang dia lakonkan dengan bahasa "celaka dan cela" dalam so called puisi-puisi. Aye...satu hari, aku muak terus dengan tulisan dia. Full stop.

Berbeza dengan drama queen si penulis antologi, Nami pulak mencipta keserasian secara tak langsung. Walaupun degil, dia masih tetap dengan pendirian yang berdasarkan fakta dan bukan emosi. Jadi, keputusan aku, secara rasionalnya waktu tu memilih buku Nami sebagai buku Indie pertama untuk aku miliki.

Aku tak salah dalam memilih rupanya. Di antara si penulis antologi angkuh dan Nami, kedua-duanya bloggers yang jadi penulis. Aku adalah pengikut blog mereka. Tapi sehebat mana pun Cik Penulis Antologi Attention Seeker cuba mencuri perhatian, aku nampaknya lebih tertarik dengan penulisan Nami - manusia yang pernah berbalah dengan aku.

Dah cukup rasional kan, pilihan aku?
Aye, aku akui yang aku sepatutnya tak harus memilih, tapi...untuk seorang beginner, aku perlu choosy. 

Tapi kalau pilih Nami, kenapa pilih Lelaki Eksistensial dan bukan Awek Chuck Taylor?

Memanglah aku takkan pilih ACT. Itu cerita Nami. Itu cerita Ezmira. Don't you think, after the hassle that we went through, I should remind him of the things which happened between him, me and Ezmira kat dalam Twitter? Mestilah tidak, kan!

So, aku cuba baca Lelaki Eksistensial. Cover lelaki bogel tutup kote pakai daun tu aku tak rasa apa. Kenapa? Sebab sebelum aku beli buku cover teruk macam Lelaki Eksistensial, aku dah beli novel-novel Susan Johnson, Lisa Kleypas dan Iris Johansen masa zaman sekolah dulu. Aku bukan tak normal macam perempuan lain yang ada nafsu 99. Satu masa dulu, Historical Romance pernah jadi genre favourite aku. Waktu hormon perempuan sedang memuncak mencari pengalaman, bukan aku tak pernah baca semua yang aku perlu tahu.

Tapi cover Lelaki Eksistensial pada aku, agak suram. Bosan. 

Aku pernah tegur Nami kenapa cover Lelaki Eksistensial tak menarik macam cover baru Awek Chuck Taylor dan Bau Semangat Anak Muda. Nami kata, dia lepaskan pada penerbit. Mulanya, aku secara kritis mengatakan mereka jimat bajet. Cuma lepas tu aku tarik balik anggapan aku sebab setiap kali ke Kinokuniya, buku Lelaki Eksistensial yang terakhir kat atas rak akan habis depan mata aku. (aku kan selalu duduk baca buku kat situ?) 

Pada aku pembeli Lelaki Eksistensial bukan beli buku ni sebab cover. Kalau tidak, aku pun takkan beli buku ni. Bukan juga bermakna, kalau perempuan yang beli Lelaki Eksistensial ni tak tau malu. Kalau macam tu malulah kat diri sendiri sebab kita semua datang dari anu. Bak kata Nami masa kami berbual semalam, "Penghasilan kau macam mana? Lainlah kau anak tabung uji."

Disebabkan aku dah review Kelabu dari Nadia Khan tempoh hari - aku rasa korang boleh refer kat situ untuk mengetahui gaya bahasa yang macam mana aku inginkan dalam sebuah buku. Aku tak perlukan bahasa perfect ber"atma" sana sini, namakan tisu jamban sebagai Titi atau Susu. Look, kalau nak bunyi macam Indon, tak payah bagi aku baca. Aku lebih rela dengar Malique rapping atau dengar suara Pasha Ungu yang mendayu. Don't you ever try to replicate Ahmad Dhani :)

Aku juga tak perlukan bahasa yang rosak macam "Iteewww Kamewww". Dalam hal bahasa, aku cuma perlukan lagu Iwan. Yang Sedang-Sedang Saja. Sebab Aku Wanita Biasa.

Tak adil juga kalau aku bandingkan Nami dengan Nadia walaupun aku minat keduanya. Nami lelaki. Nadia perempuan. Kelabu, hitam, putih aku tak peduli tapi cara penulisan lelaki dan perempuan tak sama. Ada orang pernah cakap yang kalau Twitter dicipta oleh perempuan, had dia mesti lebih dari 140 aksara. Pada aku, itu sebabnya blog post aku lebih panjang dari blog post Nami. Kelabu pun lagi tebal dari Lelaki  Eksistensial.

Nami vs. Nadia? 

Nadia lebih santai dari Nami sebab dalam penulisan Nadia, ada expression. Dalam tulisan Nami, sebenarnya kurang expression tapi narrative dia panjang. Itu sebab kurang santai. Tapi nak buat macam mana. Susah juga nak buat cerita kalau dah menggunakan Sigmund Freud. Siapa Sigmund Freud tu aku taknak cakap. Ramai lagi manusia yang Nami mentioned dalam Lelaki Eksistensial, banyak teori yang dia pakai, tapi kalau teori tu nampak seperti gender insult, aku tak boleh kata apa. Pergilah beli ke pinjam dan baca buku ni. Bukak juga kitab-kitab teori yang dimaksudkan kemudian nilailah siapa yang insult siapa sebenarnya:)

The moment teori-teori ni digariskan dalam buku dengan setiap cerita menjadi praktikalnya, aku mula relaks baca Lelaki Eksistensial. Kejap. Aku tahu soalan yang berikutnya:

Adakah aku rasa terhina atau stim selepas membaca adegan ranjang dalam Lelaki Eksistensial?

Ini yang aku tak suka bila cakap pasal Lelaki Eksistensial. Bab romen tu kalau ikutkan tak ada apa nak distimkan sebab bayangan tubuh lelaki tu samar-samar. Sebagai perempuan, paling banyak kau boleh imagine ialah perempuan-perempuan tu semua melintuk sorang-sorang macam orang histeria. Itu bagi aku lah. Secara jujurnya.

Kenapa orang kecoh? Sebab bed scene dalam Lelaki Eksistensial melebihi sekali. Sebenarnya, kalau siapa-siapa pernah baca Norhayati Ibrahim: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki mesti sedar yang Nik Arif dalam cerita tu miang juga suka pagut-pagut bibir anak dara orang. Zainal Arief dalam Sehangat Asmara tulisan Aisya Sofea pun peluk anak dara juga - siap tanya lagi yang mana sedap, asam pedas ataupun dia.

Kalau korang ni kritis, jenis yang kata korang pure habis pasal buku, bacalah Salina dan adegan-adegannya. Eh, Salina tu kerja apa ye? Hah...kata bagus kan? Pergilah tanya A. Samad Said Salina tu siapa:)

Sebab orang suka cerita bab romen ni juga adalah kerana mereka ni terlebih imaginasi. Aku tahu ada yang bayangkan Nami sebagai hero dalam cerita tu. Lepas tu menggelupur. Apa punya orang ni? Aku memang tak faham kalau korang nak bayangkan tuan empunya badan tu lepas tu buat lawak pasal itu. Maklumlah, itu dah buktikan mentaliti korang lah kan. Fiction is fiction - tuan penulis pun tak kata lelaki tak bernama itu dia. Jadi, kalau imaginasi tu dah terlalu tinggi, bawa-bawalah menulis. Tak pun mengucap:)

Satu yang aku nak highlight kat sini ialah exposure. Orang yang kecoh etika adegan ranjang dalam buku ini sama ada betul-betul naif, buat-buat naif atau bodoh. Aku bukan bodoh, tak juga naif tapi taklah advance. Tapi disebabkan buku Lelaki Eksistensial ni adalah bukan satu-satunya buku dengan adegan ranjang yang pernah aku baca, aku dapat nampak apa yang penulis sampaikan.

Cuba hayati emosi dan bukan deskripsi. Cuba bezakan setiap aksi. Kau kata kau kira berapa orang yang watak lelaki ni mainkan. Cuba kau cari maksud setiap kali bermain tu - apa bezanya?

Kalau rasa diri suci sangat, pada aku jangan baca. Tapi kalau nak baca juga, mungkin kau perlu praktikal dulu untuk hilangkan sikit rasa malu dan faham emosi sendiri. Tapi jangan lupa ye, lepas baca letak dekat almari tinggi atau berkunci. Takut dicapai kat anak-anak yang baru dihantar ke SMART Reader, silap-silap membesar jadi perogol atau porn star nanti. Itu nasihat aku pada mereka yang mengutuk tapi tak mencari maksud adegan ranjang dalam Lelaki Eksistensial :)

Eh, aku kan perempuan. 
Apasal defend Nami lebih-lebih. Tak feminist! 

Dalam dunia ada macam-macam buku, macam-macam genre. Ada orang kata bab romen dalam novel cinta takpe, tapi dalam filem kasanova nampak kurang etika. Nanti minda tercemar. 

Itu sebab masa kita kecik-kecik dulu kita selalu tengok dalam filem omputih mereka bacakan anak-anak bed time story. Sekarang dah tua, kita pun ada yang rasa nak buat perkara yang sama. Yang tak boleh bla bila setiap kali nak baca bed time story kita pilih cerita khayalan kanan-kanak. Contohnya Cinderella.

Tapi berapa ramai yang tahu tentang kewujudan sebuah buku bernama Cinderella Was a Liar yang ditulis oleh Brenda Della Cassa? 

Aku ada buku ni. Nanti aku buat review. Secara amnya, buku ni menceritakan bahawa pemilihan genre buku memainkan peranan dalam pembentukan ekspresi diri kita dan harapan kita terhadap sesuatu. Aku yakin kalau aku himpunkan 10 orang budak perempuan berbilang bangsa kat Malaysia ni, 6 akan kata mereka tahu cerita Cinderella. 

Perasan tak dalam cerita Snow White, hampir semuanya manis walaupun Snow White susah? Nak meracun Snow White pun kena pakai epal merah yang dijampi. Sebab apa? Sebab kalau kita letak cerita Snow White makan ragum, tak akan siapa pun nak buat cerita tu jadi bed time story.

So, pada aku, orang perempuan, termasuk aku, kebanyakannya suka pada sesuatu yang indah dan lembut. Epal yang dibayangkan mestilah cerita yang seakan-akan filem Aku Terima Nikahnya di mana dalam benci ada sayang gitu. Tapi kalau hakikat tu direct macam cerita Lelaki Eksistensial - di mana cintaku 100% bahagi 6, semua benda rasa macam ragum. Silap-silap kau bayangkan ragum yang tutup anu lelaki dekat cover buku tu. Kan? Kan? Kan? Haaaaaa...ke korang bayangkan Apit G? Hehehe.

Hmmmmmmmmmm....sayanglah kalau korang fikir macam tu.

Kalau Nami nak tulis buku pasal Cinderella dan Epal : Episod Bahagia Sampai Bila-Bila, dia tak akan tulis untuk Lejen Press. Aku yakin Nami akan pakai baju pink, tali leher polka dot dan loafers yang ada riben untuk hantar manuskrip dia dekat Kaki Novel ataupun Alaf 21. Korang tak rasa pelik ke? Bukan buku Nami je yang menghadapkan korang dengan kehidupan serba ragum dan ragam dekat Lejen Press tu? Dah baca Main Gila? Five Thieving Bastards? 

Pendapat aku, orang yang komplen pasal Lelaki Eksistensial ni satu buku yang hitam - cubalah kaji publisher, baca lebih banyak buku dari publisher yang sama dan tentukan, apa yang kau nak sebenarnya. Ragum atau epal? Kalau kau nak epal tapi baca buku yang beli dekat kedai ragum...walk on!

Tapi Nami tu kaki Wikipedia...macam tak tulen je karya dia...

Kenapa? Sebab dalam Lelaki Eksistensial dia cakap pasal ego, alter ego, Sigmund Freud. Lepas tu korang pun dengan baik hati pergi Google jumpa jawapan yang sebijik macam Nami? Halamaaaaaaakk...nice nya! Korang tau tak masa aku nak baca buku Nami dulu ramai orang warning aku pasal ni? Diorang kata Nami tipu...fakta ambil dekat Google. Korang tahu?

Well, I have met my favourite author, I have talked to him - it appeared to me he was not holding iPad when he was talking to me or Googled for answers when I was asking him questions. Tak tahu pulaklah kalau Nami ada habit namakan gadget dia tu Fitrana ke, Puspa ke macam setengah orang :)

Pada aku, tak salah buat research bila menulis walaupun menulis buku Indie. Jangan jadi macam setengah penulis yang aku tau - tulis pasal kondom strawberry macam nak buat kek. Terus aku pangkah niat nak membaca apatah lagi buat review:)

Advantage Nami dalam menulis Lelaki Eksistensial ni ialah dia journalist and he takes public transport. Itu sebab mata boleh terbuka lebih luas, lebih banyak character dikaji setiap hari. Ilham tu, Tuhan yang bagi.

Siapa Lelaki Eksistensial?

Beli buku ni. Pinjam ke. Baca sinopsis kat belakang. Bila korang dah faham, buka muka surat tu satu-satu dan cuba kaitkan dengan sinopsis. Agak-agak ada bahagian yang tertonjol atau terkemut di celah kelangkang, terus skip bahagian-bahagian penyebab masalah tu. Itu tips dari aku.

Lagi satu tips yang aku boleh beri ialah, refer. Bila tak tahu tu silalah bertanya. Dalam buku ni, tak boleh agak sendiri. Benda paling penting pasal buku ni ialah :"Don't assume."

Dan tips terakhir: Ini buku urban contemporary. Kebanyakan buku Lejen begitu. Buku Fixi memang begitu. Apa yang silapnya pada sesetengah penulis (lagi-lagi kalau hidup dalam pekan kecil dan semua benda belajar pakai Twitter) ialah konsep urban tu tak dapat dirasai oleh orang yang memang hidup di ibu kota macam aku. Aku rasa macam dibuat-buat dan cultural shock hasil penulisan sesetengah writer tu.

Tapi untuk Lelaki Eksistensial, aku cadangkan kepada yang duduk dekat pekan kecil tu untuk berhenti samakan kehidupan korang dengan benda dalam buku ni. Tak sama feel dia. Tak sama perspective dia. Keterbukaan minda pun tak sama.

Akhir kata dari aku,
Tak hilang dara baca buku ni.

 Mungkin lebih pandai menjaga. Who knows?


9 comments:

Remy hazza said...

masing2 berjaya dengan caranya..all the best utk sha dan juga nami...keep writing !!!

norhidana miswan said...

mmg kene luangkan masa yg agak lama nk baca n hayati ntry nih, tp akak suke... mungkin slh satu sbb nyer akak suke membaca, tak kisah lah apa2 bahan bacaan pun... dh baca segala sinopsis n cite psl novel lelaki eksistensial rasa cam nk cari je buku tuh... rasa teruja lak nk kenal buku2 jenis yg camni... ya... akak tak penah baca buku jenis yg indie gini... akak banyak baca novel jenis yg misteri, cinta2 yg mmg pyh nk jumpa terjd sebenar di alam nyata...

Len Inouie said...

Hahaha... aku rasa aku pernah abca la Salina masa aku jadi penunggu library dulu..

Epic: Tak hilang dara kalau baca buku ni.

Macam nak beli pulak.
Hohoh~

LydSunshine said...

Panjang giler entry ni. Mmg saya tak kenal nami ni. Buku ni pun tak penah dgr. Nampak sgt jarang ke kinokuniya kan?

Ada bed scene ke dlm buku ni? Nak beli la. Hehehe... saya tak sangka Sha baca juga novel Norhayati Berahim dan Aisya Sofea.

aBoi said...

I used to read this one book which worth only RM 4.oo at one of the well known hospital in Melaka.. it's an indie book in Bahasa Melayu..

The flow of the story is good.. but there's also a bed scene.. I mean it's kinda of extreme I guess..

I was shocked and I throwed it away right after I finished reading it. Maybe I'm not an open minded person.. hehe.. huuuu.. scary gila.. hehe

ungu said...

nice review i've to say! i dont think this book is my cup of tea cos now i'm more to non-fictional book but maybe who knows maybe 1 day i'll read it. however, the author should be honored that u've made a good review on his piece.

Dee said...

pinjam buku lelaki blabla tu dari sha boleh? kihkihkih..

Anonymous said...

Nice review.

syira yaya said...

Nice entry from you. Open-minded.