Sunday, July 14, 2013

seekor pipit sekuntum mawar - siti aisyah - itbm

Tajuk:
Koleksi Peribadi Sempena #Ruang365HariBJS
Seekor Pipit Sekuntum Mawar

Penulis: 
Siti Aisyah Mat Saad

Penerbit: 
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

122 muka surat

Sinopsis: 

Buku ini aku beri 5 bintang kerana ia sangat bertepatan dengan apa yang aku cari. Buku alternatif memanglah bagus-bagus dan satu minat baru yang agak addictive bagi aku. Tapi buku macam ni pun tak kurang hebatnya. 

Siapa kata buku ITBM tak cool tu aku tak tau nak kata apa sebab ada beberapa buah yang aku dah baca dah hebat-hebat semuanya! :) 

Aku beli buku ni di Buku Jalan Seremban sempena #Ruang365BJS tempoh hari dengan harga hanya RM10. Bila aku dah mengamati buku ni aku jadi segan dengan harganya. Kulit buku dahlah cantik, siap dengan penanda, kertas bagus dan tak cepat pula rosak walau diletak di dalam handbag, dikeluarkan berulang kali dan dimasukkan bila sampai ke destinasi. 

Tak lama masa aku ambil untuk baca buku ni kerana isinya yang ringkas dan padat. Aku suka dengan ayatnya yang deskriptif dan tak terlalu berbelit-belit. Pendek-pendek tapi tak kurang dengan kosa kata baru.

Aku juga suka bila sesuatu yang diceritakan itu digambarkan dengan mudah. Sedar atau tidak, buku ini adalah tergolong dari jenis buku yang membawa engkau ke dalam cerita. Walaupun ceritanya adalah cerpen, dan aku adalah seorang traveler, aku masih boleh menghayati cerita, belajar dan beremosi dengannya. Aku juga tak rasa muak membaca nasihat-nasihat dalam buku ini walaupun ketika itu aku sepatutnya serabut dengan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. 

2 jam perjalanan balik ke Seremban selepas seharian penat bekerja pun tak terasa apa ditemani buku ini. Banyak cerpen yang aku suka, contohnya Mertua, Menantu dan Ketam Batu yang bagi aku satu permulaaan yang sangat sempurna untuk buku ini.

Cerpen ini membuatkan aku terus melekat dan terus tak terfikir nak baca buku lain (sebab selalunya aku baca 2-3 buku serentak). Pada aku, buku ni bukan buku drama imaginasi pelik-pelik atau cita-cita tak kesampaian penulis. 

Semuanya tersusun dan tidak syok sendiri. 

Patut beli? Belilah. 

Buku ini mungkin nampak skema pada sesetengah orang tapi...rasanya...kalau...aku...yang...tak...skema...boleh...baca...korang pun boleh juga :)

6 comments:

Tetamu Istimewa said...

Saya suka baca buku ITBM. Dan akan mencari buku ni.

baby comel said...

nanti nak try cari buku ITBM ni kak, sebab aima xpernah baca buku2 dia

Su @ Aya said...

satu cadangan menarik, sebab saya suka baca antologi cerpen! baru jer pinjm satu kt public library last saturday.

letak dalam list buku yg kena cari sekarnag. Thanks.

si robot comel said...

Harus mencari ni, terima kak kerana mencadangkan, hihi.

Atiey said...
This comment has been removed by the author.
aisyahms said...

terima kasih atas sokongan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. sekiranya sukar untuk menemeui buku ini boleh menghubungi sy :) AISYAHMS